Berbuka Puasa di Restoran Ayam Penyet AP Section 9 Shah Alam

Hari Sabtu yang lepas, saya telah mendapat jemputan untuk berbuka Puasa Di Restoran Ayam Penyet AP, Section 9 , Shah Alam. Inilah pengalaman yang ingin saya kongsikan :
 
Pemandangan Luar Restoran Ayam Penyet AP, Section 9, Shah Alam

Pemandangan dalam | Blazing Hot, Smashed, Crispy Fried Chicken | Masakan Jawa Timur dan Minang
Menu Beserta harga di Ayam Penyet

Menu Istimewa Di Restoran Ayam Penyet

First Impression, peliknya nama. Ayam Penyet. Penyet guna apa? Berkali-kali pernah lalu semasa Shopping di Midvalley,tapi tidak berani untuk singgah kerana bunyinya yang agak pelik.
Antara Juadah Yang dihidangkan Buat Kami ( AP Ayam Penyet = RM7.5, Lele/Keli Penyet = RM6.50, Tahu Tempe Penyet = RM3, Empal/Daging  Penyet = RM7.00 , kesemuanya untuk satu set . Nasi Putihnya pula = RM1.50

Tak Lupa Juga Rendang Ayam Sapi Padang Asli = RM7.50 

Honestly, selepas mencuba buat pertama kali, memang Semua hidangan yang dihidangkan sedap-sedap belaka especially sambalnya yang pedas tapi kawww, Ayam Penyet yang rangup dan lembut, daging lembu yang lembut dan sedap, Ikan Keli yang memang favourite saya dari dulu, dan lain-lain lagi. Rating saya berikan 9/10.Memang saya syoRkan untuk anda mencubanya pula.
 
Minuman Yang Saya Order = White Coffee Ice dan Mochacino Ice Blended
 
Kepedasan sambalnya yang memukau, satu air tak cukup, siap order 2 gelas air lagi. Airnya pun best especially Mochacino Ice Blended. Sedap.
Inilah Hasilnya = Habis Licin, Sedapp,….Burrppp…. (Action Speak for Itself)
Saya Dan Shahrul Suka Juadah Berbuka Puasa di Ayam Penyet

Kami Mesti Pilih / Terbaikk


Bergambar Bersama
 
Terima Kasih buat Ayam Penyet  kerana Sponsor dan Menjemput kami berbuka Puasa.Juga kepada Nuffnang especially buat Robb Chew kerana memilih kami. Tak lupa juga buat Encik Amran, pengurus restoran di Section 9 ini yang begitu peramah dan melayan segala kehendak kami dengan senyuman menguntum. Di Lain kali jemputlah lagi ya? Keseluruhannya kami memang puas hati dan sudah pasti akan singgah lagi di masa depan. Anda pun cubalah, tentu berpuas hati.
 
Inilah Alamat Restoran Ayam Penyet yang kami singgahi itu ;
 
Ayam Penyet AP
No 15, Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/E,
Section 9, 40200 Shah Alam
Selangor
 
Oh ya, untuk lebih lanjut pasal Restoran Ayam Penyet ini, bolehla layari Official website nya di : http://www.ayampenyet-ap.com/index.html ataupun di Facebook di SINI .
 
Betulla kata orang, don’t judge book by it cover. Samalah di sini. Jangan judge makanannya dari namanya. Sekali cuba, kan sudah jatuh cinta. Last but not least, satu pantun dari saya :
 
Restoran Ayam Penyet sudah saya cuba
Juadah menarik dan menyelera
Saya tergoda saya jatuh cinta
Sudah pasti akan saya cuba lagi di lain masa
 
Latest update November 2014 – Personal view dan feedback dari rakan-rakan bloggers, rasa makanan di Restoran Ayam Penyet AP tidak lagi sesedap dan seperti dulu. Tak pasti kenapa. Apapun, ini hanyala pandangan peribadi saya.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

26 thoughts on “Berbuka Puasa di Restoran Ayam Penyet AP Section 9 Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.