Alisya Suka Main Masak-Masak

Alisya dah ada hobi baru sekarang. Saya tahu ni pun dari pengasuhnya. Kata pengasuh kami, kalau alisya merengek, mudah saja, biarkan dia main masak-masak. Saya pun mencubalah di suatu malam :

Sudi ke Kak Ina KL? Alisya nak belajar ngan akak.
Itulah permainan masak-masaknya. Senang nya, letak dua tiga ketul ais dalam mangkuk, kasi sudu, pastu biarlah dia mengacau di dalam mangkuk tu. Hik3, macam Mamatoknya menggulai pun ada gayanya.
Kusyuknya Puteri Papa. Dah Masak Belum Gulai Sayang ?
Yang ni kena tambah garam skit ni.
Sejukkk. Kena cuba dulu ni.
Hik3, makin seronok melihat keletah Alisya membesar. Ceria, gembira dan tersenyum selalu. Terasa Indahnya hidup ini. Alisya suka main masak-masak, Papanya pula rindukan masakan mama. Hik3, mama weekend ni Mama masak ya?
Alisya membesar gembiranya hati
Main masak-masak menjadi hobi
Cukup keletah melihat dia gembira dan heppi
Mama oh Mama, Jom kita tambahkan koleksi peribadi (hik3)
P/s : Tak sabar menanti Alisya untuk berjalan pula. Tentu makin peningla Papa melayan keletahnya nanti.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

37 thoughts on “Alisya Suka Main Masak-Masak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.