Alisya dan Kasut Barunya

Rentetan dari entry Alisya Nak Jalan Papa | Boringla Asyik dukung saja, semasa di Terengganu kami sempat singgah di Giant Kuala Terengganu dan singgah di kedai Bata. Alhamdulillah, jumpa juga kasut yang dicari-cari untuk Alisya. Semestinya yang berbunyi. 



Bukan Main Gembira lagi Alisya dapat kasut baru
Alisya nak beli Selipar ni boleh Papa?
Papa : Boleh, bila Alisya besar nanti ya?

Alisya : Papa, nak beli mainan ni boleh?
Papa : Boleh, bila alisya besar skit papa belikan ya?

Alisya : Mama,mama Jom Kita Pi Playground
Mama : Jom…

Bukan main suka lagi dia dapat kasut baru berbunyi. Pet,pet,pet, bila berjalan. Nak dukung bukan main mengamuk lagi taknak didukung. Balik ke KL bawa kasut ni ke rumah pengasuh dan bila ada bayi yang pengasuh jaga nak ambil kasutnya, siap dia marah-marah lagi kat Baby tu taknak kasi ambil . Siap pegang dan nak cium-cium lagi kasut tu.

Papa dan Mama tengok Alisya gembira, kami pun belikanlah 2 pasang kasut untuknya.RM19.90 sepasang di kedai Bata tu. Satu di rumah Pengasuh dan satu untuk jalan-jalan.Issh,anak Papa ni belum boleh jalan lagi bukan main ligat lagi. Penatlah Papa nak mengejar nanti. Takper, don’t worry nanti Papa Kejar :


Camni Boleh?

Hik3, zaman muda-muda dulu boleh la. Ni tahun 1999, tahun yang tak dpt dilupakan bila Eyriqazz jadi Johan Merentas Desa Sekolah. Dulu, sekarang nak lari 1KM pun tercungap-cungap. Hik3,….kena pi training ngan Darkbatman balik ni untuk kembali kurus dan aktif bersukan. 

Gembira bila tengok Alisya tersenyum dan ketawa bila dapat berjalan-jalan dengan kasut barunya. Semalam, masa nak pi Pasar Malam, dia ada hobi baru pula. Suka nak gayakan cermin mata hitam Papanya pula. Adush2, anak Papa.

P/s : Anak itu Penyeri Hidup. Memang betul, terasa begitu berseri-seri hidup ni. So, kepada yang masih bujang tu, cepat-cepatlah kahwin…..Hik3…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Alisya dan Kasut Barunya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.