AirAsia Cipta Rekod Dunia | 500,000 Tiket Dijual Dalam Masa 24 Jam

Fuhh, memang hebatla AirAsia berjaya Cipta Rekod Dunia dengan 500,000 tiket/tempat duduk dijual dalam masa 24 jam. Sedikit Informasi  :
KUALA LUMPUR, 11 Ogos — AirAsia Bhd telah mencapai rekod dunia dengan menjual lebih daripada 500,000 tempat duduk pada hari pertama kempen “Mind Blowing Fare”nya.
Syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka itu berkata yang ia telah menjual 538,000 tempat duduk pada hari pertama kempen, yang menawarkan tambang RM1 untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.
Promosi kempen “Mind Blowing Fare” yang sedang berlangsung menawarkan RM1 untuk tempahan dari 10 hingga 15 Ogos, 2010, bagi perjalanan antara 1 April dan 11 Ogos, 2011.
Promosi itu ditawarkan secara eksklusif di www.airasia.com dan mobile.airasia.com.
Sumber : – The MalaysianInsider
Fuhh, memang hebatla AirAsia. Namun, saya akui, dengan kehadiran AirAsia ini telah menyenangkan hidup kami. Tambang murah, kualiti pun bagus dan mudah untuk kemana-mana. Setakat ini kami pernah menggunakan AirAsia untuk penerbangan ke Kuala Terengganu, Kelantan, Pulau Langkawi, Johor Bharu dan juga Sabah.
Aiseh, tak sempat nak booking tiket itu. Yerlah, nak booking setahun awal? Lepaske cuti? Dengan Isteri bekerja sebagai seorang guru, time cuti sekolahke?
P/s : Congratz AirAsia. Sejak kehadiranmu, semakin mudah untuk rakyat Malaysia terbang ke mana-mana. Inilah gunanya Competition yang sihat kan? Monopoli itu tidak bagus untuk pengguna.
P/s 2 : Teringin mahu terbang dan bercuti di Sarawak/Sabah. Rindu Ikan Bakar belakang Pasar Filiphine Sabah. Sarawak tak pernah singgah lagi.
P/s 3 : Apa pandangan anda pasal AirAsia pula?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

27 thoughts on “AirAsia Cipta Rekod Dunia | 500,000 Tiket Dijual Dalam Masa 24 Jam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.