Abang Syaitan | Ratah 3 Adik di Bawah Umur


Abang Syaitan | Ratah 3 Adik di Bawah Umur ( Kredit Gambar di
sini )

Cukup berselirat dan marah aku bila membaca berita di Harian Metro yang bertajuk Tak Tahan Diratah Abang  , memang syaitan dan WTFish betulla seorang Abang sanggup merogol adik sendiri seusia 5 tahun sehingga 16 tahun. Sudahlah  ibu meninggal, dapat pula Ayah Penagih Dadah dan Pemabuk dan si Abang yang sulung pula tidak jauh beza dengan ayahnya.

Di manakah nilai kemanusian dan sikap seorang abang sehingga sanggup merogol adik kandung sendiri? Makin risau dengan hal sebegini, di media massa semakin berleluasa gejala rogol bawah umur, sumbang mahram dan sebagainya. Dunia semakin moden namun sikap manusia semakin mengalahkan haiwan. Haiwan pun sayangkan anak, ini tidak manusia sendiri ada yang menjadi Haruan Makan Anak.

Saya sebagai seorang bapa semakin gusar dan risau dalam membesarkan anak-anak. Cabaran semakin besar dan masa bersama anak semakin sedikit especially bila both of us bekerja. Kalau seorang bekerja, manakan mampu untuk survive di Kota Raya ini.

P/s : Di manakah Pihak kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab sosial ? Ke mana menghilangnya Program Rakan Muda? Kenapa perkara sebegini tidak diambil serius. Bising seketika, tak lama selepas itu berulang kembali. Apapun, semua pihak perlu mengambil langkah proaktif dalam menangi perkara sebegini. Bak kata pepatah, ” Bertepuk Sebelah tangan, tidak akan berbunyi”. Apa pula kata anda?

Comments

  1. ~ ReD ~ says

    adoiii…pantang betul sy la dgn isu mcm ini.. kalau lah sy dpt buat sesuatu utk mengelak @ menghukum manusia begitu…ish….

  2. Ummi Hanie says

    astaghfirullah…
    maksiat smakin brmaharajalela…
    sbb apa?
    sbb iman tiada di dada…
    takut Allah turnkn bala,semua kan kena , baik yg bersalah maupun yg xbersalah..tgk saja apa yg brlaku d luar negara(bencana alam)

  3. says

    hish! masalah nie makin lama makin parah..ayah pun xleh jadi tempat bergantung..kesian dengan mereka…

    yang peliknya..tiada siapa yg nak bela nasib mereka walaupun ada yang tahu…

    hurm..

  4. says

    pokok pangkal hati.. walau byk mana sekalipun kempen dari kerajaan tapi dalaman tak cukup kuat pun akan terjadi juga perkara2 mcm ni.. pengaruh rakan sebaya dan penggunaan internet yg tiada sempadan faktor yg sgt2 memainkan peranan ..

  5. Yutaka Mushimura says

    mungkin kita sedang berada dalam zaman mengaihiran dunia…

    ~~huhuhu~~~

    mohon kita semua dijauhkan dari hal2 begini.

    ~~amin~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing