Sorry Guys, I Can’t Make It

Di keheningan pagi, jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Jari jemariku masih rajin dan menari-nari di papan keyboard ini. Ohh, sukarnya untukku luahkan rasa hati ini . Namun, aku perlu beritahu juga. Entry Nuffnang Sharing Session at Pak Li Kopitiam dirujuk.

Di sini, saya ingin memohon kemaafan kerana :
Sorry Guys, I Can’t Make It
Maafkan saya, baru beberapa jam tadi saya menerima panggilan telefon dan ada Urgent matter yang perlu saya hadiri. Oh, terasa beratnya hati ini untuk melepaskan dan meluahkan. Janji sudah dikota, manusia berpegang pada janji, namun yang mana yang lebih penting saya perlu dahului. Maaf Sekali lagi.
Apapun, jangan risau, saya telahpun Inform Nuffnang dan saya rekomenkan mereka ini untuk menjadi pengganti saya di sesi itu nanti. Mereka lebih lama berkecimpung dalam berblogging ini dan pengalaman mereka rasanya tentu dinanti-nanti. Inilah dia :
1) Kak Ina KL ( Credit Picture to Daydeck )
Kak Ina KL tidak perlu diperkenalkan lagi. Seorang pakar masakan, ibu yang penyayang, Pencinta Event Nuffnang dan memang seorang happy go lucky dan mudah diajak berbual. Kalau layan berborak dengan dia, 2 tiga jam pun terasa cepatnya masa berlalu. Masakannya di blognya begitu menggoda dan selalu membuatkan nafsu makan saya semakin bergelora dari hari ke hari dan hasilnya mood saya bertambah happy dan berjaya menghasilkan entry yang lebih saya gemari. Please Support Her k?
2) Je JAI @ Azhar Ramli @ Abang Jambu
Kembarnya Jejai mencetuskan kontroversi di dunia hiburan apabila hubungannya dengan Fasha Sandha akhirnya diluahkan secara terbuka.Tidak lupa juga, adik angkatnya Arja Lee yang mencetuskan kontroversi dengan berbogel dalam filem terbarunya ‘Dalam Botol’. Je JAI akan berkongsi pengalaman dan tips berSEO especially tips berkenaan Keyword “Sotong” yang berjaya mencetuskan fenomena baru di blognya. Di samping itu , Je JAI juga akan bergandingan dengan Robb Chew aka Sotong Zai dan akan membuatkan special Appearance dengan menyanyikan lagu “Sotong, Bermacam Sotong, Ada Paul Sotong, ada Sotong Kurita” . Nantikanlah penampilan Istimewa Je JAI dan Sotong Zai nanti ya.
Sorry Guys, I Can’t Make It dari saya
Maaf,Maaf Itu saya yang kamu tahu ya?
Yerla,yerla, saya mengaku silap saya
Menghangitkan Anda kali ini pula
P/s : I will be there. Walaupun saya akui saya bukannya Blogger Popular dan sekadar Blogger Cap Ikan Ayam, InsyaAllah, saya akan cuba berkongsi informasi sepanjang almost 1 tahun saya berblogging secara aktif dan pengalaman mengujakan saya bersama Nuffnang.
P/s/s : Apa agak-agaknya soalan yang mahu ditanyakan ya? Boleh saya prepare myself first.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Sorry Guys, I Can’t Make It

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.