Saya Bukan Blogger Popular | Saya Blogger Cap Ikan Ayam Goreng

Salam dari Eyriqazz,
Terpanggil untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh seseorang di entry dan website Nuffnang .Entry yang bertajuk : Nuffnang Sharing Session – Pak Li Kopitiam . Rasa agak kurang selesa juga bila persoalan sebegitu tidak terjawab dan membiarkannya berada dalam keadaan berteka-teki . Inilah soalan yang diajukan :
# curious Says:
July 5th, 2010 at 8:33 pm
how do you determine which blogger is “TOP” these days?
is it because they always attend nuffnang events?
Saya rasa mungkin pengomen ingin kepastian kenapa saya dipanggil untuk menjadi Guest Blogger untuk Sesi itu.Why Me dan bukannya orang lain ?  Oklah, biarlah saya yang menjawab persoalan tersebut. Honestly, Saya Bukannya Blogger Popular – Saya Hanyalah Blogger Cap Ikan Ayam Goreng. Masih baru ,mentah, dan banyak yang perlu dipelajari.
Saya dipanggil mungkin kerana lokasi tempat tersebut yang dekat dengan rumah saya (jalan kaki pun boleh sampai)  dan mungkin Nuffnang mahukan seseorang blogger baru  yang boleh berkongsi pengalaman berblogging buat blogger yang lain. Kelainan yang dicita dan mungkin saya lebih memahami perasaan dan pengalaman mereka kerana sayapun hampir sama dengan mereka yang hadir. Mostly blogger melayu, masih baru dan banyak persoalan di fikiran. 
Honestly, ramai lagi yang saya rasakan lebih layak. Saya ni hanyalah blogger picisan menumpang lalu dan berkongsi pengalaman peribadi. Bagi saya Nuffnangers melayu yang lebih layak adalah seperti Melromeo, Ceeramoon, Viruspadu, Sepet , ThePinkStellettos, Mat Gebu @ TiffinBiru , Kak Ina KL dan ramai lagi. Namun, kerana dipanggil dan saya memang sukakan Nuffnang, saya menyahut panggilan tersebut.

Kak Ina KL pun ada bertanya. Berapa hits eyriqazz sekarang? Nak kasitau terasa malu kerana hits suam-suam kuku dan biasa saja. Namun, Sharing Is Caring dan saya lihat pada sudut positif, saya kongsikan di sini hits saya untuk minggu lepas :

Saya Hanyalah Blogger Cap Ikan Ayam Goreng
Masih jauh untuk digelar top dan masih ramai bloggers-bloggers diluar sana yang lebih gempak dan menyerlah. Di dalam diam ataupun sudah bersuluh. Jadi, tepuk dada ,tanya selera. Saya bukannya Otai mahupun Sifu. JE JAI, hang punya hits lagi tinggi dari eden, eden yang sepatutnya panggil hang sifu. Hebat betul sekarang bermain SEO dan Sotong tu dah dimasak blom?
Saya hanyalah blogger biasa
Masih belajar dan berkongsi rahsia
Andai salah dan silap dari saya
Sepuluh tangan dan kaki maaf dipinta
Bersama-sama berblogging mencari kepuasan buat diri sendiri
Sharing Is Caring masih banyak yang perlu dipelajari
Saya berkongsi saya mempelajari andalah Inspirasi
Terima kasih semua, salah dan silap silalah teguri
Kita bersama mengejar mimpi
Mimpi Indah Mimpi Ngeri tolak tepi
Tentukan niat dan matlamat diri
InsyaAllah, akan tertunai apa yang dihajati

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

68 thoughts on “Saya Bukan Blogger Popular | Saya Blogger Cap Ikan Ayam Goreng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.