Pengalaman Mengujakan di Restoran Berputar Seri Angkasa Menara KL

Hari Sabtu yang lepas, 17 July 2010 saya mengambil keputusan untuk celebrate Birthday Isteri dengan belanja dia Buffet Brunch Di Restoran Berputar Seri Angkasa, Menara KL. Pengalaman yang begitu mengujakan buat kami sekeluarga . First time pula tu singgah di sini walaupun dah duduk KL lebih 5 tahun dah :
Menara KL, Destinasi Yang Dituju
Tiket yang telah ditempah terlebih dahulu
Set Buffet Brunch time weekend termasuk tiket naik adalah RM81 seorang untuk dewasa. Pasal harganya boleh rujuk di sini [ Official Website Seri Melayu Group ]
Menaiki Lif ke tempat dituju
Sampai juga akhirnya | Nasib baik, sebelum diputar berlatar belakangkan KLCC (dengan ketinggian 282 Meter – Restoran ke 4 tertinggi di dunia )
Bersama Alisya tersayang
Menarik juga susunan meja nya
Suasana di dalamnya
Desertnya nampak menggiurkan
Antara menu masakan Melayu
Desert lagi
Inilah yang saya ambil dulu
Paul Si Sotong Kurita turut menjadi santapan saya
Berselera Alisya makan
Memang tak takut gayat betul la anak eden NI!!
Persembahan Lagu dan Piano
Saya sempat dedicatekan lagu Happy Birthday Buat Isteri namun oleh kerana tulisan saya terlalu cantik, dia tersilap membacanya, Azwa Hanin menjadi Azura Haron. Dush, jauh sekali kan? Sorry sayang….
Inilah tambahan pengalaman mengujakan saya :
1) Suasananya memang best dan santai, patutla mahal, RM81 seorang. Buffet, makannya sampai kembung.hik3.
2) Kelazatan masakannya bagi saya biasa-biasa aja. Takdelah tersangat sedap dan takdelah tak sedap . Menepati citarasa saya. Rating saya kasi 6.5/10. Rasanya masakan Kak Ina KL dan Mat Gebu @ TiffinBiru lebih menyelerakan.
3) Servis nya memang best. Ala, standard makan kat Hotel. Cuma agak sedih, air yang disediakan hanyalah air masak, kopi dan teh.Kalau pekena fresh oren ataupun Sirap Bandung tentu lebih mengasyikkan.
4) Walaupun weekend, takdelah full house. Kebanyakannya foreigner yang datang. Mungkin coz harganya yang mahal ataupun once in a while occasion. Lagipun, dengan Harga Minyak yang baru naik ni, ramailah yang cut on on dining out camni kan?
5) Apapun, saya dan Isteri puas hati. Bukan masakan yang menjadi faktor utama, namun suasana dan kelainan yang dicari. Apapun, kalau dapat diperbaiki mutu makanan, tentu lebih best dan mengujakan.
6) Restoran itu akan diputar secara perlahan-lahan.Memang tak perasan pun, sekejap ehh, kenapa dah kat tempat lain ni?
7) View dari Restoran memang best dan menarik. Kalau pemandangan malam tentu lagi best tapi harga double lah. Hik3, tak mampu eden.
8) Alamat Restoran Ini :
Restoran Berputar Seri Angkasa Di Menara KL
TH02, Jalan Punchak Off Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
Lebih lanjut, bolehlah terjah website INI [ Seri Melayu Group ]
Restoran Berputar Seri Angkasa Menara KL hadiah buat Isteri
Isteri tersayang sempena Birthday sudah semesti
Hopefully Isteri berpuas hati
Sayangkan Isteri turut-turuti
Pengalaman mengujakan weekend ini
Santai dan seronok rasa hati
Alisya dan Isteri pun senyum sampai pipi
Siap bertanya, bila boleh datang lagi?
Sharing Is Caring | Jangan Lupa Singgah di [ Entry Pilihan Eyriqazz Hari Ini ]

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Pengalaman Mengujakan di Restoran Berputar Seri Angkasa Menara KL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.