Nuffnang Sharing Session @ Pak Li Kopitiam

Terima Kasih buat Nuffnang, It really caught me by surprise. Tidak sangka perjumpaan one to one session with one of the Nuffnang staff minggu lepas dan disusuli dengan e-mail , saya dijemput untuk menjadi :

Guest Blogger untuk Nuffnang Sharing Session – Pak Li Kopitiam dari 7pm-9pm, 9 July 2010 (Friday)
Anyway, sebelum saya mula syok menulis, saya mahu mengomen sedikit pasal apa yang ditulis di sana :
As mentioned earlier, there’ll be a guest blogger invited at every session and this time, we’re glad to have Eyriqazz from http://eyriqazz.com join us for this session.
Myself @Eyriqazz @GTO (saya bukannya cikgu, hik3)
“An active blogger whom you’ll bump into at many Nuffnang events, Eyriqazz blogs about anything and everything under the sun. Well, mostly about what happens around him anyway 😛 If you want to learn about how Eyriqazz blogged his way to the top, come join us for this sharing session and you can hear it from the man himself!”
Umm, blogged his way to the top? Dussh, saya masih merasakan saya masih blogger baru @ Newbie dan belum layak untuk digelar blogger popular/bagus dan terlalu banyak untuk diperbaiki dan belajar dengan anda semua di luar sana, namun  pelawaan ini saya terima kerana mungkin ada something yang mungkin Nuffnang nampak pada saya yang boleh saya kongsikan dengan Nuffnangers di luar sana.
Ditambah pula dengan sikap profesional Nuffies dalam menerangkan pasal  sesi ini membuatkan saya yakin dan terus say YES walaupun berdebar-debar hati ini + masih kurang yakin. Hik3 lagi.
Actually, Sesi ini sepatutnya dibuat pada Hari Sabtu namun disebabkan saya ada Staff Day di Port Dickson hari itu, ianya diawalkan. Maaf ya? Mungkin kalau Sabtu, lebih ramai yang free kan?. I did some googling + Information from Nuffies dan memang teruja apabila melihat bahawa Sharing Session seperti ini pernah dibuat sebelum ini. Antara Guest Blogger yang Pernah dijemput adalah :
KySpeaks – Boleh Refer Entry INI dan INI
SultanMuzaffar dan Redmummy – Boleh Refer Entry INI dan Juga INI
Tweet dari Redmummy (One of my favourite blogger/blogger inspirasiku) – redmummydotcom  : @armo02 @beautifulnara oh eyriqazz jadi blogger jemputan yek, cayalah…cepat tol dia naik. aku dulu siksaaa!!!
Cepat Naik kak? Hik3, baru nak bertatih di dunia blogging ni. Tunjuk ajar akak, Beautifulnara, Melromeo dan ramai lagi banyak membantu saya untuk teruskan perjuangan ini. Masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Tunjuk ajarku Sifu ya?
Ringo @ Cheeserland – Refer Entry INI  
Bila melihat kepada semua Guest Blogger sebelum ini, terasa kerdilnya diri ini dan rasa macam mahu tarik diri saja. Hak3,takdelah, I will keep my promise.
 Anyway, masih tertanya-tanya lagi Why Nuffnang choose Me, yerlah nak kata saya ni famous, tak jugak, nak kata hits mengancam, suam-suam kuku saja. Masuk Contest untuk Guest Bloggers Project Alpha Season 3 pun kalah. Hik3…Anyway, congratz to all the winners. You All deserve it and your Audition Videos are really creative especially to Teh Tarik Memoirs
Apapun, saya akan cuba yang terbaik. Saya ni pemalu juga orangnya but as Nuffnang already put the trust on me, I will do my best. Mungkin saya akan berkongsi-kongsi pengalaman saya sepanjang almost setahun bersama Nuffnang dan mengecapi almost apa yang ada di Nuffnang seperti Income, Event, Premiere Screening, Buffered Earning, Hadiah Contest, Met Popular Bloggers, Advertorial , Coffee With Nuffies and etc..
Jadi, untuk sesiapa yang ada kelapangan masa, jom sertai sekali. Boleh la rujuk entry INI untuk lebih lanjut : Nuffnang Sharing Session – Pak Li Kopitiam .
Nuffnang Sharing Session kali ini
Pak Li Kopitiam menjadi pilihan untuk makan malam dan berkongsi informasi
Terimakasih Nuffnang kerana menjemput , saya berbesar hati
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahi
Event sebegini memang menarik sekali
Berkongsi Informasi untuk Nuffnangers meningkatkan prestasi dan bertanya apa yang bergelora di hati
Pertama Kali saya dilayan sebegini
Terima kasih tidak terhingga buat Nuffnang, memang dikaulah yang terbaik sudah semesti
P/s : Anyone yang akan join sekaki? Jom la, Sharing Is Caring, InsyaAllah, saya akan kongsikan apa yang terbuku di hati dan apa yang mampu saya jawab. Don’t worries, Nuffies will be there too.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

34 thoughts on “Nuffnang Sharing Session @ Pak Li Kopitiam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.