Nuffnang Sharing Session di Pak Li Kopitiam | Final Part

Salam dari Eyriqazz,

Sambungan entry Nuffnang Sharing Session | Pak Li Kopitiam, Setapak Indah , inilah pengalaman dan berkongsi Informasi sepanjang sesi tersebut :


Nuffnang Sharing Session Disambung Kembali

Selepas sesi saya meluahkan perasaan dan share my experience, tibalah sesi soal jawab antara Nuffnangers yang hadir dan juga saya .Antara soalah yang ditanyakan yang saya ingat (kalau salah tolong perbetulkan ya? ) adalah :

1) Apakah Berblogwalking Salah Satu Cara Promosi Blog Yang Berkesan? Apakah yang Eyriqazz lakukan untuk promosikan blog eyriqazz?
– Berblogwalking itu bagus cuma Kualiti is much more Important than Quantity. Jangan sekadar berblogwalking sekadar mahukan penulis tersebut membalas kembali. Cuba kasi komen yang terbaik dan jika penulis blog itu sukakan komen anda, InsyaAllah dia akan singgah kembali. Komen yang berkesan ,chances untuk mendapatkan loyal visitors adalah lebih tinggi. Kalau mahu kejarkan short term visitors, mudah saja, tinggalkan komen di shoutbox mereka. Fikir-fikirkan lah.
Antara yang saya lakukan untuk promosikan blog adalah join Contest, Ping Blog, Join Event (especially Nuffnang event), promosi di Facebook, Terjah Blog, mengambil peluang bergambar dengan bloggers, mengomen entry, Give and Take (backlink etc), dan macam-macam lagi.

2) Rakan saya mengatakan saya hilang intisari blog saya apabila saya mula menulis mengikut isu semasa i.e. Sotong, Piala Dunia, dan gosip artis?
– Tepuk dada tanya selera. Kepuasan anda ataupun kepuasan rakan. Bagi saya it must go hand in hand. Pembaca itu penting namun kepuasan diri sendiri pun penting. Syok sendiri pun tak elok tapi melayan orang terlebih pun tak patut juga. Tak salah menjadi Reporter Sambilan namun sesuaikan dengan gaya anda agar pembaca selesa membacanya.

3) Kalau persoalan pembaca, mana yang lebih berkesan, membalas di komen sendiri ataupun di blog mereka?
– Blog mereka. Mereka akan rasa lebih dihargai + win-win situation dan menambahkan visitor mereka juga. Namun terpulang pada diri sendiri.Macam saya,faktor masa yang menjadi penentu. Kadang-kadang/Selalu juga komen pun tak sempat dibalas.

Selebihnya , sayapun kelupaan. Hik3…Selepas sesi soal jawab :

Robb Chew mengambil alih dan bercerita pasal Nuffnang pula

Robb Chew menerangkan tujuan sebenar Nuffnang Sharing Session ini. Contoh yang diberikan adalah Kyspeaks sebelum ini berkongsi informasi dan tips mengambil gambar makanan supaya nampak lebih mengujakan. Sesi bersama saya adalah untuk saya berkongsi pengalaman saya sepanjang hampir setahun saya bersama Nuffnang + saya dipilih kerana lokasi yang dekat dengan rumah + saya banyak menghadiri event dan Contest- contest Nuffnang. Popular? Takla, samaje macam anda semua.

Selain itu , Robb juga berkongsi :

Informasi berkenaan Iklan di Nuffnang dan Helpdesk
Kusyuk mereka mendengarnya

Selain Robb, Xin Xian @ Fresh turut hadir. Mereka inilah orang kuat yang menjadi penghubung utama antara Nuffnangers dan Nuffies @ Public Relation Nuffies. Sebarang persoalan berkenaan Nuffnang biasanya mereka yang menjawabnya. Informasi yang dikongsikan oleh Robb adalah :

1) Kedudukan/Placement of Ads dan Buffered Earning  adalah penting untuk mendapatkan Buffered Earning.

2) Mereka menerima lebih kurang 300 e-mail dari Nuffnangers berkenaan isu-isu Ads, Income, and etc.

3) Nuffnang tidak gemarkan entry copy paste i.e. download lirik kerana ianya merosakkan industri muzik tempatan. Walaupun hits tinggi, kemungkinan untuk dapatkan buffered earning adalah rendah.

4) Buffered Earning ditentukan mengikut prestasi hits sebelum buffered earning diberikan. Jadi, hits yang konsisten dan semakin meningkat akan menjadi kayu pengukur untuk mendapatkan buffered earning yang lebih masyuk.

5) Sharing Session diadakan bagi memudahkan Nuffnangers dan sebagai platform untuk mendapatkan feedback + bertanyakan soalan .Macam Cofffee With Nuffies la, cuma tambah guest bloggers dan diadakan di tempat yang lebih luas.

6) Jika ada persoalan yang terbuku di hati, jangan segan bertanya di Helpdesk. Respon pun pantas. Dulu, saya almost tiap-tiap minggu menjadi penanya di Helpdesk. Lebih baik mendapatkan jawapan terus dari Nuffnang daripada mendapatkan informasi yang silap dari pihak ketiga.

Selingan kejap :
Atreyu Strange sibuk dengan Samsung Galaxy S yang begitu Cool dan menarik (Eden jelesss, nak jugak!!)
Video Robb berkongsi informasi yang dirakam dengan Phone Samsung Galaxy S Atreyu Strange ( It really a Cool gadget , Good Luck ya, It will be urs for sure la)
Sungguh teruja bila melihat Robb Chew berbahasa melayu. Issh, fasih dan kalahkan sesetengah orang melayu kita sendiri. Syabas Robb.



Selepas Robb habis sesi berkongsi informasi berkenaan Nuffnang , ianya diteruskan dengan sesi :

Sesi Soal Jawab Antara Nuffies dan Nuffnangers
Saya sempat menanyakan dua soalan kepada Robb, iaitu :
1) Kenapa Pembayaran tidak terus dimasukkan ke dalam akaun? Lebih mudah, cashless dan menjimatkan kos.
Jawapan : bagi mengelakkan hackers mencuri data dan pembayaran dimasukkan ke akaun yang tidak sepatutnya (bukan akaun kita). jadi, dengan memberi cek, ianya lebih selamat dan sukar untuk hackers menukar informasi kita dan dimasukkan ke akaun nya)
2) Sebagai orang yang telah lama berpengalaman dalam dunia blog, apakah pandangan Robb untuk meningkatkan hits ke blog ?
– Pandangan berdasarkan pengalaman peribadi, the most important things is Good Content. Good Content will attract more visitors. Jangan terlalu mengejar Income. Have Passion in It and serlahkan kelebihan anda.
Sesi yang begitu memuaskan hati dan selepas soal jawab ianya ditamatkan dengan sesi bergambar :
Bersama Robb Chew dan Xin Xian @ Fresh
Bersama Nuffies + Nuffnangers Yang Hadir (6 orang tidak hadir rasanya)
Ini pengalaman saya, untuk membaca pengalaman mereka pula, bolehla rujuk entry mereka :
1) Kak Ina KL [ Klik Sini ]
2) JMR   [ Klik Sini ]
3) Daydeck [ Klik Sini ]
4) Atreyu Strange [ Klik Sini ]
5) Mohd Zaid [ Klik Sini ]
6) JE JAI ,tak hadir [ Klik Sini ]
7) Justin [ Klik Sini ]
Tak lupa juga, terimakasih buat mereka ini yang turut hadir memeriahkan Sharing Session Ini :
Khairul Husni (Blom ada blog lagi,tapi Adsense masyukkk)
Mana yang tertingglal let me know, k?
Penutup kata, saya memohon maaf andainya tersilap kata dan Session ini tidak seperti yang anda hajati. Sayani pun masih baru dan masih belajar, dan saya terima segala kekurangan yang ada. Sharing is Caring, Criticize me and I am open for Criticism. Learn from Mistake and Learn from Others itu yang saya cuba amalkan dalam berblog ini.
Last but not least, terimalah dua rangkap pantun dari saya:
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hilang Kabus Nampaklah Puncaknya
Nuffnang Sharing Session terimakasih dari saya buat semua
Salah dan silap harap maafi Ya?
Pak Li Kopitiam hidangan menyelera dan mempesona
Saya , Kak Ina KL dan Daydeck teruja dan lepak sampai pukul 11 malam pula
Sharing is Caring, Terima kasih Nuffnang dari saya
Budi yang baik dikenang sehingga hujung nyawa
P/s : I Love Nuffnang. Anda pula bagaimana?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

53 thoughts on “Nuffnang Sharing Session di Pak Li Kopitiam | Final Part

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.