Najis Manusia Sebagai Pelaris Makanan di Kedai Mamak Famous | Memang Melampau dan Kurang AJAR!!!!!!!

Entry dari Carl Samsudin bertajuk Kedai Mamak Terfamous di Wangsa Maju Menggunakan Pelaris Menjijikkan dirujuk. Pelaris yang dimaksudkan adalah Najis manusia. Ye, najis manusia. Naik loya dibuatnya saya. Bolehla baca entry itu untuk lebih lanjut . Cukup tersentuh dan mahu tahu lebih lanjut kerana Wangsa Maju tak jauh dari kediaman dan tempat tinggal saya .

Kedai Mamak dan Rakyat Malaysia (especially Melayu) tidak dapat dipisahkan
Selepas membaca entrynya lebih lanjut beserta komen pembaca, saya mengambil keputusan untuk menghubungi Carl dan menanyakan Kedai manakah yang dimaksudkan. Jawapan yang diberikan Oleh Carl betul-betul memeranjatkan saya kerana kedai itu sememangnya famous dan saya pernah singgah berkali-kali. Adik ipar pun selalu lepak tengok bola di sana.
Tidak mahu terburu-buru membuat keputusan, saya analisa kembali. Adakah Carl berbohong? Ada bukti ke? Tapi bila saya teliti kembali, apa baiknya Carl berbohong?Ditambah pula saya pernah berjumpa dengannya face to face ketika Gatsby Deodorant Street Fair, dan dia bukannya jenis orang yang suka bercakap bohong dan mereka-rekakan cerita.
Ok, Pandangan peribadi. Jika benarlah apa yang diperkatakan, memang sial dan mangkuk ayun la Kedai Mamak yang dimaksudkan itu. Najis manusia sebagai pelaris Makanan? Memang sudah agak keterlaluan. Sebelum ini pernah mendengar kisah seluar dalam sebagai pelaris. Tapi, najis manusia memang terlalu melepasi batas-batas normal kehidupan.
Honestly, beberapa kali saya pernah singgah di sana dan order nasi kandar dan menu-menu yang lain, keesokan harinya saya mesti cirit birit. Siap saya inform isteri , saya memang alahan masakan Mamak dan kalau boleh mahu elakkan makan di kedai mamak . Ingatkan coz kuahnya tak kena dengan perut saya ini. Tapi, bila membaca entry ini, betul-betul memualkan,loya, tak lalu makan dan membuatkan rasa marah membuak-buak. Kurang Ajar dan Sialann!!.
Jadi, berhati-hatilah. Tepuk dada, tanya selera. Mencegah lebih baik dari mengubati. Saya mengambil keputusan untuk mempercayai kisah Carl kerana tempat itu tidakla bersih mana dan saya sendiri pernah cirit birit makan makanan di sana.
Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati untuk makan di Kedai Mamak. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga kan? Takpelah, bagi saya biarlah saya mencegah dari merana di kemudian hari. Buat Carl, terima kasih atas informasi ini. Untuk sesiapa yang mahu tahu nama kedai itu, hubungilah Carl sendiri. Mungkin dia boleh memberikan jawapan. Maaf, saya tidak dapat revealkan kerana saya sendiri tiada bukti dan tidak mahu menuduh di sini.
Terpulang kepada masing-masing untuk mempercayai atau tidak. Saya sekadar berkongsi informasi dari seorang rakan blogger. I trust him and i believe his word.
P/s : Memang betul-betul melampau sekiranya betul-betul berita ini benar.  Pihak berkuasa tidak pernah buat siasatan berkala ke kedai-kedai makan ni? Yang menjadi mangsa pengguna macam kami especially yang both bekerja .

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

31 thoughts on “Najis Manusia Sebagai Pelaris Makanan di Kedai Mamak Famous | Memang Melampau dan Kurang AJAR!!!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.