Misteri Kehilangan Cik Epal

Cik Epal Nama diberi

Orangnya Cantik Comel Sekali
Tiba-tiba menghilangkan diri
Tertanya-tanya apakah sebabnya sehingga kini

Cik Epal tidak perlulah saya perkenalkan lagi. Cukup sinonim namanya di kalangan bloggers baru dan lama. Ada Apa Dengan CIk Epal ? . Bagi saya, Cik Epal adalah blogger contoh terutamanya di kalangan blogger melayu. Popular, mesra reader, ada aura tersendiri , rajin menyinggah dan mempunyai follower yang ramai .

Mengancam Bukan?
Ini hits diambil bulan Jan 2010, average uniques visitors ketika itu 1,500+ sehari. Mengancam bukan. Cik epal salah seorang inspirasi saya untuk terus maju dan di dalam segmen TERJAH  saya dialah yang menjadi blogger pertama yang saya terjah dan penangannya begitu memberansangkan dan saya mula dikenali selepas itu.Bolehla refer Penangan Cik Epal dan Melromeo . Sampaikan Nazz Ahmad turut menjadi follower di blognya. Cukup unik dan aura tersendiri yang sukar dicari di dunia blogging di Malaysia ini.
Komennya di blog saya turut menjadi inspirasi dan semangat buat saya.Antara yang saya tak dapat lupakan adalah :
cik EPAL said…

uihhh terkejut. hehehehe. blog ni pon tak lama lagi masuk paper ni. tengok lah satu hari nanti blog bro eyriqazz meletop 🙂
April 14, 2010 12:05 AM
Pandai Cik Epal bergurau masatu. Namun, saya berfikiran positif dan Alhamdulillah, apa yang diucapkan Cik Epal membantu dan prestasi blog saya semakin memberansangkan dari hari ke hari. Terima Kasih Cik Epal.
Namun, dunia blogging dikejutkan apabila Cik Epal mengambil keputusan untuk Privatekan blognya . Apakah yang telah terjadi? Adakah Sang Anonymous telah mengganggu Privasi Cik Epal? Sukar untuk diketahui, hanya Cik Epal yang mampu menjawabnya. Namun ,inilah pandangan saya kenapa Cik Epal privatekan blog :

1) Mahu fokuskan kepada pelajaran
2) Sudah tidak tahan diganggu Sang Anonymous
3) Personal matter

Apapun, Good Luck Cik Epal. Namamu dan jasamu akan sentiasa mekar dari ingatanku dan juga blogger-blogger yang lain rasanya. Bila sudah tenang emosimu dan sampai masanya , Kembalilah. Kami dan diriku merindui penulisanmu yang ikhlas dan straight to the point itu.

Saya Dedicatekan Lagu Ini buatmu Cik Epal :

Kau Pergi – Aizat (Kredit Picture to Bingkisan Nurani )
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
Kau Pergi membawa diri
Permata blogger, kaulah Inspirasi
Terimakasih dari saya ini
Mata pena, penulisan unik kurindui hingga kini

P/s : Cik Epal telahpun privatekan blog dan berundur dari dunia blog. Bila pula masa saya? Hik3, anything can happen, sedangkan cuaca boleh berubah, inikan pula hati manusia? Lagipun ,andainya saya berundur, tiada siapa yang akan menyedari kehilangan ini.
P/s/s : Apa pula pandangan anda? Terasa something/kehilangan tak bila penulisan Cik Epal sudah tidak dapat dibaca lagi?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

80 thoughts on “Misteri Kehilangan Cik Epal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.