Ku Jejakkan Kaki ke Uitm Shah Alam Juga Akhirnya

Semasa di zaman persekolahan, bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Uitm Shah Alam (Universiti Teknologi Mara) dalam bidang perakaunan. Selepas keputusan SPM diumumkan, aku memohon Uitm dalam borang UPU . Namun, kecewa, permohonan aku telah di barkan oleh UPU kerana saya telah mendapat tawaran Biasiswa JPA untuk buat A-Level bagi melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
Hampa, hasrat di hati tidak tertunai. Sepuluh tahun berlalu, akhirnya :

Saya Jejaki Kaki Juga di Uitm Shah Alam | Adik Mendaftar untuk menyambung Ijazahnya
Agak Lewat Sampai , dah nak tutup kaunternya
Tertunai Juga Hasrat Papa, mungkin itulah yang diperkatakan isteriku
Inilah Universiti Papa Mahu Pergi Dulu?
Siapakah Yang Cuba Melarikan Alisya?
Oh ,Adik Aku Rupanya @ Ameng Kaki Besi
Hasrat di hati akhirnya tertunai walaupun pergi sekadar menemankan adik. Good Luck Adik, semoga berjaya dapatkan result yang terbaik.
Uitm Shah Alam Ku jejakkan kaki juga
Hasrat di hati selama ini akhirnya berjaya dikota
Universiti nya besar teringat zaman ku belajar jauh di sana
Oh, aku merindui zaman Universitiku alangkah indahnya jika roda jam dapat diputar semula
P/s : Rindutak zaman Universiti anda ? Apa yang paling anda rindui?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

24 thoughts on “Ku Jejakkan Kaki ke Uitm Shah Alam Juga Akhirnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.