Hanya 32 Hotel Halal Menjelang Ramadan


Juadah Berbuka Puasa Yang Menyelerakan

Tidak lama lagi bulan Puasa bakal menjelma. Hotel akan menjadi tempat persinggahan untuk berbuka puasa bagi yang berkemampuan. Namun, agak terkejut apabila membaca Berita Kosmo bahawa HAnya 32 Hotel Halal Menjelang Ramadhan . Antara serba sedikit ulasan di Metro Itu adalah :



1) Rekod Jakim sehingga semalam (23 Julai 2010) mendapati hanya 63 buah dapur di 32 hotel daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara mempunyai Sijil Halal Malaysia.


2) Memandangkan bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi, pasti banyak majlis berbuka puasa akan diadakan di hotel-hotel. Jakim akan menyediakan pegawai khusus untuk memproses permohonan sijil halal itu tanpa pihak hotel perlu mengikut giliran,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Agak terkejut kerana rasanya terlalu banyak Hotel yang menyediakan Pakej Berbuka Puasa Ketika Ramadhan namun hanya segelintir sahaja yang betul-betul mendapatkan sijil halal. Kenalah lebih berhati-hati selepas ini.

Oh ya, bolehla jenguk  Senarai Tempat Berbuka Puasa 2010 dan juga  Ramadhan Buka Puasa Buffet Promotion Listing. Oh, tapi saya tak checkla pula status halalnya. Entry seterusnya saya updatekan senarai Hotel Yang Miliki Sijil Halal dari JAKIM ya.

P/s : Lebih baik mencegah dari mengubatikan? Jadi, fikir-fikirlah. Kalau dah was-was dengan Status Halal Hotel Yang menyediakan Berbuka Puasa/Buffet Promotion, elokla dielakkan, kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

4 thoughts on “Hanya 32 Hotel Halal Menjelang Ramadan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.