GCB Burger McDonalds Memang Sedap

Terpengaruh dengan entry GCB Burger McDonalds dari Saudara Bean Moreno , petang Ahad saya mengambil keputusan untuk mencubanya sendiri bersama Isteri selepas kecewa tidak dapat masuk Taman Burung Lake Garden oleh kerana hujan turun dengan lebat. Kecewa, keciwa, gundah gulana. Harap-harap Burger GCB ini tidakla mengecewakan saya lagi. Kalau Indah khabar dari rupa, siap ko bro bean, eden mintak ganti rugi. Hak2, gurau je bro.
 

Inilah GCB Burger yang dimaksudkan. Nampak Lazatkan?
Nyam-nyam, tak sabar Nak NGap!!

Beli 2 Set Medium .Satu Untuk Isteri, Satu Untuk Saya
Fuhh, sekali cuba, apa yang boleh saya katakan memang Sedap dan terbaik. Lagi best dan sedap jika dibandingkan dengan Prosperity Burger. Rasanya, kalau burger Mcd, yang ni menjadi pilihan nombor satu saya. Seterusnya Fish Fillet dan Big Mac.

Banyaknya G
Check McDonalds website, G ni stand for Great-Tasting Chicken Burger, Grilled Whole Chicken Thigh, Gorgeous Iceberg Lettuce, and Glorious Car-Grilled Sauce. I want to add more, It Taste Good and It really met my expectation ” Great Teacher Onizuka”

Ads nya yang menggiurkan hati ramai orang
Harga GCB Burger, A La Carte = RM8, Set Medium Meal = RM11.90 tidak termasuk tax
GCB Burger Mcd memang sedap dan menyelerakan
Rasa sekali kesedapan menawan
Cimon kata tak cukup satu tanya bila saya nak belanja makan
Anytime Bro, Jom terjah eden pun kempunan
Tak cukup itu, siap ada Contest Menarik di Facebook Mcdonalds (What’s Your G Contest) dengan hadiah melebihi RM10 ribu. Sayapun akan cuba join Contest ini, manatau kot-kot ada rezeki saya kali ini. Jom joini sekali.
Limited Time only, tak tahulah sampai bila, so jangan lupa terjah!!!. Saya gerenti puas hati.
P/s : Ini bukannya Advertorial ya, ini hanyalah pandangan peribadi. Hik3…
P/s/s : Korang dah pernah try burger ni blom? So, amcam, besttak?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “GCB Burger McDonalds Memang Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.