Carrefour Bakal Ditutup dan Dilelong

Sungguh terkejut dan terperanjat apabila dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa Carrefour bakal Ditutup dan dilelong. Bukan di Malaysia saja, malah ianya melibatkan Thailand dan Singapura juga. Oh, adakah berita yang diberitahu oleh rakan saya ini benar?

Carrefour Oh Carrefour
Entry Carrefour to exit Thailand, Singapore and Malaysia turut dirujuk. Sedikit informasi berkenaannya :
1) Carrefour bakal menjual dan melelong unitnya di Malaysia, Singapura dan Thailand yang membolehkan jualan sekitar $1 Billion .
2) Carrefour sedang bekerjasama dengan Goldman Sach dan UBS untuk lelongan ini namun tiada komen diberikan dari ketiga-tiga pihak ini.
3) Syarikat Peruncit kedua terbesar di dunia ini milik Syarikat Perancis ini telahpun keluar dari pasaran Jepun dan Korea dan menumpukan kepada pasaran yang lebih berdaya saing seperti India. Faktor utamanya adalah kemerosotan ekonomi.
Adakah faktor :
Prestasi memalukan Pasukan Perancis di Piala Dunia 2010 turut menjadi penyebab?
Jika perkara ini benar, ianya amatlah merugikan kepada negara dan juga pengguna. Saya salah seorang pengguna setia Carrefour .Tiap-tiap minggu pasti ke Carrefour untuk membeli barang keperluan. Sekiranya Carrefour ditutup, banyak kesan lain yang akan timbul seperti pengganguran, Income merosot buat negara, harga hartanah di tempat itu mungkin jatuh dan pelbagai lagi.
Harap-harap berita yang saya dengar ini tidak betul. Sayang jika Carrefour hilang dari pasaran Malaysia. Namun, ada pepatah mengatakan, patah tumbuh hilang berganti? Mungkin Jusco, Tesco, Mydin ataupun syarikat lain akan mampu untuk menggantikan Carrefour ?Kita tunggu dan lihat saja.
Carrefour oh Carrefour apa dah jadi?
Carrefour Wangsa Maju saya singgahi berkali-kali
Berita sebegini menggusarkan hati
Carrefour telah banyak berjasa kepada kami
Harga berpatutan sukar ditandingi
Dekat dengan rumah , parking banyak, dan selesa sekali
Namun ada yang perlu diperbaiki
Belum sempat nak menegur bakal ditutup dan Dilelong betulkah berita ini?
P/s : Apa pandangan anda pula ? Agak-agak betulke khabar berita ini?
P/s/s : Kalau Carrefour tutup atau dilelong, anda pula bagaimana. Suka ,tak suka atau Doesn’t matter to me?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

32 thoughts on “Carrefour Bakal Ditutup dan Dilelong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.