AON Penaja Jersi Baru Manchester United

by eyriqazz on 15 July 2010

in informasi

Tahniah buat penyokong Manchester United. AON kini menjadi Penaja Jersi Baru Manchester United. Jersi baru, semangat baru, Wayne Rooney, dan pemain-pemain akan meneruskan cabaran yang akan datang. MU taknak beli Thomas Muller ke?

Cun ke Jersi Baru MU Ni?
Sumber Mstar mengatakan [ AON Perkenal Jersi Baru Manchester United ] , AON menjadi penaja utama jersi MU dengan tajaan selama 4 tahun dan akan memakai baju ini bermula kempen Liga Perdana Inggeris musim 2010/2011 yang akan membuka tirainya bulan depan.
Sebelum ni penaja jersi MU apa ya? Maaf, saya penyokong AC Milan, jadi kurang mengikuti sangat perkembangan MU ni.
Wah, bukan main seronok lagi mereka ni.Macam kenal je Minah kat depan tu ( Kak Ina KL ke? Ishh, dimana-mana saja dia ada)
Alang-alang dah bercerita kisah MU ni, mahu juga berkongsi pengalaman peribadi bersama Manchester United :
1) Pernah menonton secara live perlawanan bola sepak di Stadium Old Trafford, Manchester United sebanyak 2 kali (zaman belajar dulu) . First lawan Arsenal Carling Cup Quarter Final. MU menang. Second, lawan AC Milan tahun 2005, tiket Grand Stand, AC Milan menang 1-0 hasil jaringan Hernan Crespo. Dahla beli tiket dan register jadi kelab penyokong MU, tup-tup pi sokong AC Milan. Rasanya saya seorangje yang menyokong MU di kalangan penyokong di Grand Stand itu yang memang dikhaskan untuk penyokong MU.
 Viva, memang kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan. Dahla ble tengok live Hernan Crespo, Alesandro Nesta, Paolo Maldini, Cafu, dan ramai lagi. Pemain MU? Umm, masatu yang main kalau tak silap Michael Ballack (ehh,dia main untuk Chelsea la), Gary Neville, Rio Ferdinand, dan ramai lagi (tak ingat actually).
2) Most member masa belajar di UK dulu sokong MU. Saya pula tak tahu nak sokong team mana di England, saya pi sokong Manchester City. Time saya belajar masatu, rasanya tak pernah MU menang dengan Manchester City.
3) Pernah apply jadi Steward untuk di Stadium Old Trafford, Manchester United. Tapi tak dapat, mungkin dia tahu saya ni ‘spy’ aka penyokong Manchester City kot. Hik3,sokong coz masatu minat kat Nicolas Anelka (gara-gara masa main untuk kolej diorang letak nama saya, Nicolas Imanelka )
AON , camna nak sebut tu? Kalau letak E kat tengah jadi AEON. Kalau letak V kat tengah jadi AVON. Kalau letak K kat tengah jadi AKON. kalau letak L kat tengah, G Kat belakang jadi ALONG. Kalau letak N kat tengah jadi ANON. Maaf, merepek pula saya kali ini. Tengah bersedih harga MINYAK NAIK LAGI dan RON 97 dihapuskan subsidi (saya memang guna RON 97/habis-habis)
Oh ya, hari Isnin baruni Consultant AON ada datang ofis kasi taklimat dan siapa yang dapat jawab tepat dapat jersi baru Manchester United ni. Aiseh, tak dapat jawab dan tak teruja masatu. Kalau dia kasi jersi AC Milan, sure dah bersemangat.
Apapun, buat penyokong MU, chaiyok-chaiyok. Teruskan semangat kesukanan. Tahun depan nak sokong pasukan mana pula ya? Tak pernah ada team yang tetap Liga English ni. Kalau sokong Totenham ok tak?
Jersi baru dari AON penaja kali ini
syarikat peneraju penasihat risiko dan perunding modal insan antarabangsa pertama kali nama didengari
Terbelit juga lidah untuk menyebut namanya ini
Apapun, Good Luck dari saya buat semua Penyokong MU semoga lebih berjaya memperolehi pelbagai trofi
P/s :Siapa penyokong MU, sila angkat tangan.
P/s/s : Cantiktak jersi terbaru MU ni?
  • zairie 15 July 2010 at 4:08 pm

    x lawa la bju season nie… hehe..

    download lagu kegemaran anda di sini

  • velasrizal 15 July 2010 at 4:21 pm

    eh sama lak entri kita kali ni..

    Jersi Baru Manchester United Musim 2010/2011

  • deus X machina 15 July 2010 at 5:19 pm

    glory glory man united~~~~

  • etomyam 15 July 2010 at 5:58 pm

    nampak ala-ala retro sikit jersi kali, sebagai peminat the blues..hmm, tak berkenan hehehehe

  • PEJUANG KESENIAN EXTREME 15 July 2010 at 6:36 pm

    Hodohnya baju tu..
    macam kembali ke zaman mesolitik pulak..

  • zaryl 15 July 2010 at 6:38 pm

    hehe ingatkn AEON tadi :P
    nasib baik bukan haha

    glory! glory!

  • kak ina kl 16 July 2010 at 12:13 am

    ha..ha..ha..kelakarlah kamu ni..bila masa akak jadi org kuat bola ni..

  • amirah 16 July 2010 at 12:25 am

    apsal nampak sgt old skool..skrg dh zaman tech..mcm 70′s punye jersi je..erkkk..

  • maslinamansor 16 July 2010 at 12:41 am

    tak minat mana2 pasukan… cuma minat kat pemain jer…

  • ScoTTisHioR 16 July 2010 at 1:13 am

    design kurang skit, klu samsung ker, LG ker, mybe cantik..(sebenarnya kurang sokong MU..jgn marah eh..)

  • tengkorakemas 16 July 2010 at 10:58 am

    walaupun die hard fan MU, jersi kali ni serius tak lawa..hu mcm dah kembali ala2 zaman teddy sheringham lak..

    tapi kalau boleh rampas takhta epl dan liga juara2 dgn semangat jersi ni bagus juga hehe..

  • Eyriqazz 20 July 2010 at 10:32 am

    @zairie :hik3,ingatkan saya je yang fikirkan camtu

    @velasrizal;sehati sejiwa bro

    @deus X machina :glory2 Milan…Hik3…

    @etomyam:saya pun kurang berkenan

    @PEJUANG KESENIAN EXTREME:zaman mesolik zaman apa tu bro?

  • Eyriqazz 20 July 2010 at 10:35 am

    @zaryl:sama mula2pun ingatkan AEON juga

    @kak ina kl :eh,bukan akak ke?laa,mati2 ingat akak…hik3

    @amirah :fesyen berubah..kembali ke zaman 70 pula

    @maslinamansor :pemain mana yang minat?David Beckham ke?

    @ScoTTisHioR :sony pun ok juga kan?

    @tengkorakemas:mungkinkah tahkta mampu dirampas?

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge

Previous post:

Next post: