Tips Menghadiri Temuduga

Salam dari Eyriqazz,

Kali ini ingin berkongsi Tips Menghadiri Temuduga disamping komen dan pendapat peribadi . Sebelum meneruskan kredit entry ini buat Abdul Aziz Yusof, Kumpulan Sumber Manusia, Malaysian Industrial Development Finance Berhad.

 

tips menghadiri temuduga
Tips-Tips Menghadiri/Menghadapi TEmuduga
 
Tips-tipsnya adalah :
 
1) Persiapan Sebelum Menghadiri Temuduga
– Buat kajian berkenaan syarikat dan pekerjaan yang dipohon
– Berlatih untuk menjawab soalan yang bakal diajukan
– yakin dengan diri sendiri
– Penampilan diri yang sesuai

2)Tips Semasa Temuduga
– Berpakaian kemas
– Bersopan dalam komunikasi
– Jawab soalan dengan tenang dan yakin
-Sentiasa senyum dan kawal pergerakan mata
-Jawab soalan dengan jawapan yang ringkas, tapi padat
– Fokus pada kekuatan/kelebihan anda
-Bertanya soalan yang berkaitan

3) Perkara-Perkara yang Perlu Dielakkan
-Terlupa membawa resume dan sijil-sijil berkaitan

Cara Berpakaian ketika menghadiri temuduga
-Berpakaian tidak sopan/selekeh/menjolok mata
-menjawab dengan jawapan yang meleret
-terlampau yakin
Elakkan semasa temuduga
Bertanya terlalu kerap soal gaji
4) Kelemahan yang boleh dielakkan
– Terlalu memilih pekerjaan
– Mengharapkan gaji permulaan yang tinggi tanpa pengalaman yang mencukupi
– mudah putus asa
Harapan Majikan

5) Harapan Majikan

– Boleh berkomunikasi dengan baik (Communication Skills)
– Berdikari dan boleh dipercayai
– Menepati masa
-Belajar untuk mengutamakan perkara yang penting
-Menunjukkan inisiatif yang tinggi
– Pemikiran kreatif dan kritis
– terbuka menerima kritikan
Tak Lupa juga :
Pengalaman temuduga
Pengalaman Merupakan Guru Yang Terbaik
Menambah sedikit berdasarkan pengalaman peribadi :
– Mampu berkomunikasi dengan baik, jawapan yang diberikan dengan yakin, dan kemahiran bahasa inggeris (pertuturan dan penulisan)
– Antara soalan yang biasa ditanyakan adalah ( What is Your Strength and Weakness, What Do You See Yourself in 5 years time, Why do you think you are the best for this job, why you want to switch job, and etc)
– Pengalaman mematangkan dan memahirkan diri.Saya sendiri selepas hadiri almost 10 temuduga baru berjaya mendapatkan kerja saya yang pertama.
– Temuduga lebih sukar dari kerja yang bakal dilakukan apabila berjaya mendapatkan kerja tersebut as kita bersaing dengan ramai orang dan satu kesilapan kecil boleh menggagalkan peluang.
– Eye contact mesti dijaga. Cuba pandang mata mereka dan elakkan mengata perkara yang buruk tentang boss anda (jika bertukar kerja), terlampau yakin dan  menjawab tergagap-gagap. Biarlah menjawab tidak laju tapi terang dan jelas.
Bagi yang bakal menghadapi temuduga kerjayaan impian, saya syorkan untuk mendapatkan Rahsia Lulus Temuduga yang berkongsikan pelbagai tips temuduga.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Tips Menghadiri Temuduga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.