Tips Blogging | Jangan Kedekut Nak Kasi Backlink

Tips Blogging muncul lagi
Dari Blogger Cap Ikan Ayam Goreng pandangan diberi
Sekadar berkongsi dari pembacaan dan pengalaman sendiri
Salah silap harap Maafi

Tips yang ingin di sentuh hari ini adalah :

Jangan Kedekut Kasi Backlink

Kenapa saya kata jangan kedekut kasi backlink ni penting untuk berblog ini :
1) Sebagai tanda perhargaan

– Terutamanya untuk pembaca dan pengomen setia agar mereka terasa dihargai.Lebih-lebih lagi cam saya yang sibuk dengan keluarga dan semakin kurang masa untuk mengomen kembali pengomen setia.  Alah, siapa yang tak suka backlink n blog kita disebut dalam blog mereka kan?.Even bloggers popular pun sukakan backlink. Buktinya? Edisi terjah eyriqazz ble katakan more than 90% yang diterjah mengomen/membalas kembali.
2) Give and take

– Kadang-kadang, ada bloggers lain yang buat entry pasal kita. Rasanya tak salah give and take dlm berblog ni kan? Bagi saya , saya cuba untuk mengembalikan dan buat entry yang sesuai sebagai tanda terimakasih. Takpun, sekurang-kurang, mention in ur entry, thanks to xxx for this entry. At least ,mereka akan suka dengan cara anda, terasa dihargai dan terus follow blog anda.

3) Sama-sama membantu

-Apa salahnya sama-sama naik kan? Tak perlu la nak berfikir, ”Alah, buat apa kasi backlink kat dia, dia dah popular” ataupun ”kenapa mahu kasi,nanti pelawat blog aku lari ke blog dia pula”. Umm,mentaliti tu kena diperbetulkan. Trust me, the more you give, the more you will get back.

4) Betulkan Niat

-Jangan pula marah bila anda buat entry or mention blog lain tapi tidak mendapat balasan. Orang itu mungkin hargai penulisan kita tapi mungkin tidak sempat untuk membalasnya. Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima kan? Sebab itu saya wujudkan ”Entry Pilihan Hari Ini” sebagai tanda menghargai bloggers di luar sana. Berbalas atau tidak, saya tidak kisah.Yang penting diri sendiri gembira dan puas hati.

Taknak cakap panjang lebar,rasanya anda pun faham apa yang saya cuba katakan. Saya ambil contoh rakan bloggers yang cukup rajin dan tidak kedekut kasi backlink iaitu Bean Moreno dan Kak Ina KL. No wonder, blog mereka semakin lama semakin digemari ramai.
Tepuk dada, Tanya selera. Myself, kadang-kadang terlupa  nak kasi backlink kembali tapi saya cuba sedaya upaya dan Alhamdulillah, sudah nampak perubahan yang positif. Terima kasih buat semua, sama-samalah kita membantu. Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh . Kita ada satu matlamat yang sama, dan apa salahnya masing-masing membantu untuk ke sana kan?
Satu entry yang agak menarik yang ingin dikongsi pasal backlink ini : http://www.squidoo.com/oneway-backlink
P/s: Jangan pandang rendah pada kuasa backlink. Ambil Redmummy dan Melromeo sebagai contoh. Fikir-fikirkanlah.
P/s /s: Apa pula pandangan anda ? Sukatak bila orang mention/kasi backlink pasal blog anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

73 thoughts on “Tips Blogging | Jangan Kedekut Nak Kasi Backlink

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.