The Pink Lover

07
Isteri oh Isteri, kalau dah minatkan warna pink ( The Pink Lover ), tak sah kalau  nak beli sesuatu benda/gadget mestilah :

Berwarna Pink
Last time ,saya belikan Netbook untuk Isteri dan syarat utamanya mestilah pink. Beberapa hari yang lepas pergi Pavillion dan Midvalley, Isteri beli digital kamera dan Handset juga syarat utamanya adalah pink.Spesifikasi lain nombor 2. Bukan main suka hati lagi dapat serba pink. Sampaikan GPS yang baru saya beli pun Isteri belikan casing berwarna pink .Adussh, sebagai suami saya ikutkanla saja.
Sampaikan kegilaan dengan warna pink dan saya pun menerima tempiasnya . Tengokla :
Papa dan Alisya pun kena Paksa Rela Pakai Baju Pink

First Time Satu Keluarga Serba Pink (Gatsby Deodorant Street Fair Event)
Honestly, first time pakai t-shirt pink lepas kahwin dengan Isteri. Barang-barang dalam rumah pun banyak pink, nasib baikla tv , peti sejuk ,mesin basuh tak cari warna pink. Hik3….
Sayang,sayang, Kalau Redmummy digelar The Red Diva, The Red Lover, sayang boleh join geng-geng gilerkan pink. Rasanya kalau sayang nak buka blog kan, memang sesuai join mereka ni :

Hik3, mereka ni pun peminat pink juga kan? Memang sesuai la sangat-sangat. Apapun, memang suka bila tengok wanita dengan warna pink especially my wife dan Alisya. Nampak cantik , sejuk mata memandang, dan menawan.
The Pink Lover itulah Isteri
Warna kegemaran dari dulu lagi
Tiada pink cam kurang berseri
Dapat warna pink pun Isteri seronok sekali
P/s : Sesiapa lagi the Pink Lover out there? Bolehla ajak Isteri join group “The Pink Lover” .
P/s/s : Saya suka warna biru.Biru itu Cool. Kalau tak, manakan Muncul Monday Blues…..Hik3….Umm, How About ‘Pinky Saturday’, cool tak?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

31 thoughts on “The Pink Lover

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.