Mister Potato Rice Crisps | Flavour of Life

Mister Potato Rice Crisps Nama Diberi
Rice In Nice Tagline Cantik dan Menawan Hati
Flavour of Life rasanya enak sekali
Cuba sekali pasti nak lagi

Inilah pengalaman saya bersama Mister Potato Rice Crisps  :
Pertama Kali Diperkenalkan Dengan Mister Potato ketika Prince of Persia Premiere Screening bersama Nuffnang
Tengoklah sendiri, Nuffies pun tidak sanggup untuk melepaskan produk menarik ini sampaikan nama filem pun ditulis dengan nama Prince of Percia agar Nuffnangers tertipu dan mereka dapat membawa pulang ke semua pek kanister itu. Namun, pek nya begitu cantik dan menarik sekali , kami tidak mudah tertipu dan berjaya mendapatkan 2 pek kanister setiap orang yang dijemput.
Prince Dastan cuba mengorat Isteriku dek kerana penangan Mister Potato Rice Crisps
Nak kena Prince Dastan ni, cuba nak ngorat isteriku pula. Tapi tengok Filem Prince of Persia bersama Mister Potato Rice Crisps begitu mengujakan. Pertama kali tengok wayang dengan Isteri, isteri tidak minta Pop Corn untuk menonton sekali. Mengunyah makanan ini pun sudah asyik dan tidak henti tangan berebut untuk mengambilnya. Hik3, Isteri pun cukup suka dengan kerangupan Rice Crisps ini.
Saya Suka Sangat
Sharing Is Caring, tapi saya tak berupaya menahan temptation kesedapannya.Sorry, I’m not willing to Share It…
Mereka Pun Sukakan Keenakan Mister Potato Rice Crisps
Tengok, betapa gembiranya diorang bila dapat Mister Potato Rice Crisps ini. Senyum hingga ke pipi. Lain pula dengan mamat di belakang tu , muncung semacam je bila pek kanister ini tidak bersamanya.
Mister Potato Rice Crisps diperbuat daripada bahan  utama iaitu Beras + Ubi Kentang (antara makanan ruji di dunia, Flavour of Life). Memang sesuai dengan namanya, Rice Crisps iaitu Nasi yang rangup.
Inilah antara 2 Flavour Kegemaranku :
Hot & Spicy dan Flame Grilled BBQ
Antara kelebihan Mister Potato Rice Crisps adalah :
1) Tiada MSG tambahan
2) 20% kurang lemak (sesuai dengan aku yang memang bercita-cita untuk kurus ni)
3) Tiada Kolesterol & Tiada Trans Fat ( menyihatkan)
4) Lebih Tinggi dari pek kanister yang biasa (jimat wang, harga berpatutan, berbaloi-baloi)
5)Packaging yang lebih cantik dan menawan hati dengan warna putih .Suci murni dan nampak lebih kemas, bersih dan berselera untuk membelinya.
Testimoni Peribadi pula pasal produk ini :
1) Lebih mengenyangkan dan lebih tebal namun tetap rangup dan enak.
2) Sedap dikunyap begitu saja dan sambil minum kopi dan teh panas memang menggiurkan. Kalau tambah dengan ubi kayu asli dicicah kelapa parut, perhh,memang terangkat air liur.
3) Tidak jemu memakannya bila-bila masa dan sesuai untuk seisi keluarga.
Oleh kerana kelebihannya, jadi saya tidak ragu-ragu untuk mencubanya dan kasi kepada Puteri tersayang@ Alisya. Jom layan aksi dia pula bersama Mister Potato Rice Crisps :
Tak berkelip mata melihat Kanisternya
Dushh, dengan Papa pun taknak berkongsi?

Satu tangan makan, satu tangan lagi memegang kemas takut diambil Papanya

Keenakannya Buatkan Puteriku Tidak Keruan
Yer, yer, nanti Papa belikan Lagi…Papa Minta Skit Boleh??
Adush, sampai sudah dia tidak mahu melepaskan pek kanister itu. Biasanya dia tidakla kedekut sebegitu. Mungkin teruja dengan keenakannya.
Jika si anak kecil yang belum lagi berusia setahun ini teruja dengan Mister Potato Rice Crisps ini , apatah lagi saya dan isteri. Apa pula kata anda? Memang bila dicuba, akan terus setia dan mahukannya lagi.
Alisya suka, Mama suka, Papa suka, Adik Ipar suka, Atok Suka, Nenek Suka,  seisi keluarga suka. Sememangnya bertepatan dengan tagline yang saya pilih, sesuai untuk semua golongan @ Flavour of Life
Last but not least, apa yang boleh saya katakan pasal Mister Potato Rice Crisps adalah :
Saya Mesti Pilih
Entry last minute ini ditulis disebuah Cyber Cafe di Danau Kota atas kerana line Streamyx blom ditransferkan lagi dan line Broadband Isteri begitu perlahan dan mengecewakan.
Plan asal memang untuk tidak menulis pasal entry ini, namun pantang keturunan Hang Jebat mengaku kalah terlalu mudah ditambah pula begitu teruja dengan Mister Potato Rice Crisps ini. Dua pantun sebagai penutup kata :
Mister Potato Rice Crisps pilihan saya seisi keluarga
Flavour of Life , Rice is Nice sudah semestinya
Keenakannya sukar untuk dicerita
Saya tergoda, saya jatuh cinta
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Sudah lama ku mencari
Akhirnya Mister Potato Rice Crisps muncul buatku tersenyum girang 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

8 thoughts on “Mister Potato Rice Crisps | Flavour of Life

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.