Happy 1st Birthday Nurul Alisya Ilyani

by eyriqazz on 22 June 2010

in Alisya, family

Hari ini, 22 June 2010 , genaplah umur puteri tersayangku 1 tahun. Di kesempatan ini, saya ingin dedicatekan entry ini buat puteri sayang :

Happy 1st Birthday Nurul Alisya Ilyani

Hati seorang bapa begitu gembira bila dianugerahkan seorang Puteri yang comel dan mirip wajah papanya. Hik3, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Terasa hidup ini begitu bahagia dan gembira dengan kehadiran Puteri penyeri hidup kami sekeluarga. Inilah serba sedikit pengalaman hidup saya bersama Alisya : 

Beberapa Jam selepas Alisya Dilahirkan

Hampir gugur jantungku ketika Alisya dilahirkan kerana dia mengalami masalah pernafasan. Terus dilahirkan dan terpaksa diletakkan di dalam Inkubator almost seminggu dan di depan mataku sendiri aku melihat detik Alisya sukar bernafas dan memerlukan alat bantuan pernafasan, jantungku berdegup perlahan yang hampir membuatkan aku pengsan. Ketika dia dilahirkan pun, aku hampir pengsan melihat darah , saya mabuk darah. Namun, digagahi jua demi Isteri dan anak tersayang.

Hari ke 3 Alisya di muka bumi

Selepas masalah pernafasan, Alisya kena kuning pula. Jadi, almost seminggu dia berada di Inkubator. Mama tidak habis menitikkan air mata .Manakan tidak, seminggu di sana, susu ibu tidak dapat diberikan direct .Memang berselera habis masatu Alisya minum.

Alisya Demam

Time Alisya demam, kami pun tidak keruan dibuatnya. Kelu hati ini. Namun, time Alisya gembira kami pun gembira dan tersenyum selalu.

Alisya Love Papa
Papa pun Sayangkan Alisya
Birthday Party Untuk Alisya

Akan saya updatekan later kenapa Birthday Party Alisya di awalkan beserta gambar-gambarnya. Oh Ya, Birthday Alisya sama dengan tarikh lahir Abang Iparku ( Abang Isteri ) dan juga husband Kak Ina KL .

Saya aktif berblog ini pun salah satu sebabnya adalah Alisya kerana saya ingin memorikan kenangan ,pengalaman, gambar dan detik saya bersama puteri tersayang di dalam blog ini. Alhamdulillah, sambil menyelam sambil minum air, rezeki dari berblog pun semakin murah dan 2 Advertorial dalam proses untuk dipublishkan dan dapatkan approval daripada Advertiser.

Wish me luck in the future juga ya. Tak lupa juga :

Terima kasih kepada Peserta Contest Hadiah Birthday Untuk Alisya


Masih pening untuk memilih hadiah terbaik buat puteri tersayang. Namun, suggestion dari peserta Contest banyak membantu. Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada bulan July 2010 nanti kerana semua entry best-best belaka dan sukar untuk saya memilih dalam masa yang singkat di tambah internet masih ngok ngek lagi.

Alisya, Papa dedicatekan this Poem buatmu :

Alisya, dikaulah puteri tersayang
Penyeri hidup papa dan Mama
Hidup ini terasa Indah dengan kehadiranmu melihatmu membesar riang
Gelak tawamu ,senyumanmu pengubat kami sekeluarga

Alisya, semoga puteri tersayang sihat dan menjadi anak yang pintar
Juga punyai budi pekerti yang murni dan penyayang
Hormatkan orang tua dan sentiasa belajar
Mengembirakan hati orang tersayang  

Alisya, dikaulah Puteri tersayang kami
Dikaulah intan, dikalaulah permata
Terasa bahagia hidup ini
Papa n Mama Love U selama-lamanya
  • Eyriqazz 22 June 2010 at 6:06 am

    @Faizal The Newscaster:thanks faizal….

  • Eyriqazz 22 June 2010 at 6:07 am

    @mama zharfan :thanks..teruja rasa..papanya pun orang tak wish seramai ini..huk3…

  • Eyriqazz 22 June 2010 at 6:07 am

    @Sakira:thanks sakira..make a right choice ya?

  • Eyriqazz 22 June 2010 at 6:07 am

    @e.l.i.s.s.m.i.e:thanks eliss…

  • Eyriqazz 22 June 2010 at 6:08 am

    @Hidayah Ismawi :thanks ..akan kami didik sebaik2nya..

  • Eyriqazz 22 June 2010 at 6:09 am

    @Fitrihadi.com:thanks..kata2 pun sudah cukup menggembirakan

  • Eyriqazz 22 June 2010 at 6:09 am

    @Nadia arRumaisha:thanks..nak cubit2 pipi?itulah yang saya suka buat..hik3..

  • kak ina kl 22 June 2010 at 6:40 am

    Selamat Ulangtahun buat cucu angkat (si Jai yang kata ek)..semuga menjadi seorang muslimah yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

    Tak jemput pun tak per..janji ada gambar…ala cutenya dia dengan baju warna pink ..comel sungguh…

  • MaryamJamilah 22 June 2010 at 8:21 am

    happy birthday Alisya. Be a gud gurl to your papa oke. :)

  • ravishingpeacock 22 June 2010 at 9:49 am

    sweet nye poem tu..Happy birthday Alisya ;)

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge

1 2

Previous post:

Next post: