≡ Menu

Terbaca di Berita Harian kisah :


Sedikit apa yang ditulis di sana :

“ALOR SETAR: Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 dengan nilai bidaan RM66,550, semalam. 

Berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, nama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa disenaraikan sebagai pemenang bagi bidaan untuk memiliki nombor emas itu.

Semalam, akhbar ini melaporkan penyanyi terkenal itu menjelaskan beliau bukan pembida utama nombor pendaftaran kenderaan berkenaan seperti yang dilaporkan akhbar sebelum ini. 

Sebaliknya, pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2009 itu memberitahu pembida sebenar yang dimaksudkan adalah suaminya sendiri. “

Wah, memang giler kaya la Datuk K dan Datuk Siti Nurhalliza. Kalah gaji eden setahun tu. Huk3, kalau bagi kat eden kat best, boleh la eden melabur dan buat modal beli rumah satu lagi. Hik3….Rumah la, bukan rumahtangga…

Apapun, erbaloike ya? Jom layan komen dan pendapat pembaca di entry itu :

bila duit mereka sentiasa lebih, tidak pernah tidak cukup seperti org yang kurang berkemampuan

Suka hati dia la.. Bukan dia curi duit orang..

Tahniah !!!, Itulah tandanya sayang teramat sayang suami isteri. Kalau ada duit tak menjadi masalah. Syabas ….. semoga bahagia ke akhir hayat.

hmmmm rm66,550…banyaknya… syorkan bantu masyarakat yang miskin lagi bagus

memang dah terlebih duit, kasi sedekah ke kat saya .dapat satu persona. dunia akhirat saya kenang.

x membazir pun…tu hak individu yang ingin mendapatkan kan kepuasan….sma juga dgn kita…sanggup bayar apa yang kita nak….klu soal kebajikan tuk hak dia dgn tuhan…hanya tuhan je yang tahu kebajikan yang dia telah buat…jgn tanya kebajikan org…tanya diri sendiri dulu…sudah ckup ke kebajikan yang kita buat….

Selebihnya, bolehla baca sendiri. Pandangan saya, tepuk dada, tanya selera. Setiap orang ada citarasa dan kehendak mereka yang tersendiri. kalau duit tu tak digunakan untuk beli plat, mungkin dia akan beli kereta atau buat melancong. Pasal sedekah, siapa tahu mungkin Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza sudah bersedekah dan bayar zakat seperti yang dituntut dalam agama namun tidak dihebohkan? Perkara yang elok kata orang, cubit peha kanan, biar peha kiri tak rasa sakit.

Berbaloi atau tidak, bagi saya, masing-masing ada pandangan tersendiri. Respect for Others, Humility in Oneself .Adakah bila kita pula kaya, kita tidak akan berbuat perkara yang sama?

P/s : Bukan menyokong sesiapa, cuma, rasanya makan Chicken Chop lagi best dari makan daging manusia kan? Hik3, saya pun selalu juga tersasul. Yerla, bila sudah dicicah dengan pelbagai sos dan serbuk perasa, sedap juga .

P/s/s : Teringat kali pertama beli Plat Motor berharga RM350 untuk motosikal pertama. 

RM66,550 banyak jumlahnya
Semakin kayalah JPJ hasil kutipan nombor plat saja
Bilakah pula agaknya
Lesen memandu bakal dimansuhkan atau sekali seumur hidup sahaja?

No. Plat oh No Plat menarik yang di cerita-cerita
Nombor cantik menjadi idaman semua
Ada duit bolehla saja
Money Can’t Buy you happiness but for everything else, Datuk K ada untuk belikan no. plat cantik buat Isteri tersayang, Datuk Siti Nurhaliza sudah semestinya



style="display:inline-block;width:728px;height:90px"
data-ad-client="ca-pub-6619684076142128"
data-ad-slot="9856135083">



Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

  • Sendra 23 June 2010, 12:18 pm

    orang kita macam ni lah,,yang kaya terlampau2 kaya..yang miskin terlampau2 miskin..hurmm.

    Reply
  • n@m@n 23 June 2010, 12:19 pm

    beli keta sebijik dengan nilai tu..hehe

    Reply
  • ♥ shiMawar ♥ 23 June 2010, 12:50 pm

    erm..kalau nak ikutkan kita yg kurang mampu ni, mmg le tak berbaloi..tp bagi mereka yg mampu, tu satu kepuasan..sbb dapat sesuatu yg mereka mahukan..

    malas nk kisah tentang cara mereka menghabiskan duit yg ade..cuma ade terselit rasa bangga sbb ade org Melayu yg berjaya seperti mereka..ade org Melayu yg byk duit seperti mereka..

    fikir mcm tu, senang..kan..? :)

    Reply
  • nesca 23 June 2010, 1:05 pm

    orang dah kaya.. macam2 la. elok gak dia kasi orang susah daripada beli benda tu. tapi kalau dia kerja keras then nak merasa, tak boleh nak salahkan dia la plak kan :D

    Reply
  • Cik Ubi 23 June 2010, 1:17 pm

    superb opinion..like~kite xleh pikir negative kat owg..

    mgkin dia tlh bsedekah n wat2 part2 yg dtuntut agama,n give reward pd diri n isteri.huhu

    Reply
  • *∽ IZAN ∽* 23 June 2010, 1:24 pm

    Rasanya rata2 plat XXX “1” memang 60K…. nomo plat pun dah sama rege keta nasional sebijik hu hu

    Reply
  • Sakira 23 June 2010, 6:33 pm

    KCT 1 . . . takde larh special mana pon. Hehe :D

    Reply
  • Nur -al- Ain 23 June 2010, 1:29 pm

    dier byk duit.. xpe.. hehee

    Reply
  • Kancilbiru 23 June 2010, 2:47 pm

    biaq p la kat depa..depa mampu…setakat 66K tu tak luak pun kat dorang…hehe

    Reply
  • emma 24 June 2010, 1:47 am

    bagi kat saya seribu pun jadila..nak wat shopping..hahaha

    Reply
  • Bella 24 June 2010, 2:14 am

    jika mereka mampu tak apa lah tp harap2 mereka tidak lupa memberi zakat atau pun bersedekah ke orang2 yg memerlukan.. 66k jika diberi kpd yg memerlukn ramai yg boleh buat perkara2 elok dgn wang tu.. semoga mereka beringat.. enjoy tu bole, tp hal akhirat pun kena la sama rata kan? :)

    Reply
  • Ismail Noh 26 June 2010, 12:59 pm

    Setuju dengan Eyriqazz. Apapun, contohi Syed Moktar Al-Bukhary :)

    http://www.ismailnoh.com/2010/04/cerita-dari-insan-melayu-terkaya-bhg-1.html

    Reply
  • Kaseh 26 June 2011, 11:03 am

    tak salah pun. janji ht hapee.sbg tanda penghargaan&ksh syg thdp psgn masing2.

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge