Celebrate Birthday Alisya di Liki Liki Restaurant

Malam 22 June yang lepas, kami mengambil keputusan untuk Celebrate Birthday Alisya di Liki Liki Restaurant iaitu salah satu restoran yang baruje keluar dalam Jalan-Jalan Cari Makan, TV3 yang menyediakan Thai BBQ dan Steamboat. Kebetulan pula, dekatje dengan rumah :
BBQ dan Steamboat yang tengah dimasak, sedaptak?
Nyam-Nyam
Pilih, jangan tak pilih
Alisya pun teruja hati
Belum dimasak lagi
Mama, Alisya suka la datang sini. Nanti Alisya besar, Mama bawa lagi ya?

Chef Yang Diimport Dari Kelantan

Pengat Durian (Antara terbest pernah saya try)

Memang puas hati. Sedap dan lazat. Terbaik dan memang saya kasi 9/10. Restoran ni hanya menyediakan set buffet iaitu RM19.90 untuk seorang. Boleh makan sampai kembung. Air kira asing.

Tapi, makanannya memang sedap. Fresh dan memuaskan hati. Sekali sekala treat yourself apa salahnya kan? Memang berbaloi RM19.90, kalau makan dan tapau dari pasar malam, mungkin lebih dari itu. Yerla, no limit. Bukan setakat set steamboat dan BBQ, boleh makan makanan lain yang turut dihidangkan seperti Nasi Goreng, Mee Sup, Mee Hun Sup, Pengat Durian dan pelbagai lagi.
Inilah Alamat Restoran Ini (tak jauh dari rumah saya)

Liki Liki Restaurant
Korean Thai BBQ & Steamboat
47-0 Platinum Walk
Jalan Langkawi
53300 Setapak
Kuala Lumpur

P/s : Jom terjah Liki Liki. Anda belanja, OK? Hik3…

P/s/s : Bagi peminat steamboat dan BBQ, sini memang tempat yang sesuai. Kalau tak, takkan keluar dalam Jalan Jalan Cari Makan, kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

11 thoughts on “Celebrate Birthday Alisya di Liki Liki Restaurant

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.