Azrinaz Mazhar Diceraikan Sultan Brunei Talak Satu | Anak-Anak Menjadi Mangsa

Azrinaz Mazhar Diceraikan Sultan Brunei Talak Satu
Terbaca kisah yang tengah hangat di media massa, blog dan menjadi bualan di sana-sini. Informasi seperti di blog BeautifulNara yang bertajuk Azrinaz Mazhar, Isteri Sultan Brunei Diceraikan Talak Satu :
“Kami dahulukan ucapan takziah kepada Azrinaz Mazhar kerana berita yang kami dengar bahawa beliau telah diceraikan oleh Sultan Brunei dengan talak satu. Dan segala pangkat, pingat dan jawatan kebesaran Azrinaz Mazhar juga telah dilucutkan. “
Sumber Harian Metro turut mengatakan :
BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei malam ini mengumumkan menceraikan isterinya keduanya, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.
Sultan Hassanal Bolkiah, 63, menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.Pengumuman khas itu mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB), malam tadi. Kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.
Perkahwinan pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel, 3, dan Puteri Ameerah Wardatul, 2.”

Lebih lanjut pasal cerita Ini, bolehla rujuk entry mereka INI :

SULTAN BRUNEI CERAIKAN AZRINAZ TALAK SATU

Azrinaz Mazhar Hakim & Sultan Brunei Bercerai

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Dan Azrinaz Mazhar Telah Bercerai

Sultan Brunei dan Azrinaz bercerai

Saya bersedih sebagai seorang suami/bapa kerana perceraian sebegini, anak-anak lah yang bakal menjadi mangsanya. Masih kecil ibu dan bapa sudah bercerai. Bukan mudah melalui kehidupan tanpa ibu dan ayah. Perit dan menyukarkan kerana saya ada kenalan yang keluarga bercerai. Emosi mereka terganggu.

Siapakah yang bakal mendapat hak penjagaan anak? Dan adakah anak-anak ini akan mendapat kasih yang setimpal dari kedua-dua ibu dan bapa? Adakah akan muncul kisah Bawang Putih Bawang Merah kembali?
Teringat kisah seorang saudara Isteri, si anak sulung si Bapa yang menjaga, anak bongsu, si ibu yang menjaga kerana perceraian. Si ayah pula pernah ibubapanya juga bercerai dan dia memang tidak begitu akrab dengan bapanya.
P/s : Tidak kirala perceraian diraja, perceraian biasa, anak-anakla yang selalu menjadi mangsa. Masih sedih dengan kisah yang disampaikan Isteri, juga soal perceraian keluarga terdekatnya. InsyaAllah akan dikongsikan untuk pengajaran bersama.
P/s/s :Minta-Minta dijauhkan dengan perkara sebegini. Perceraian itu dibolehkan dalam agama tapi perkara yang paling dibenci oleh Allah.
P/s/s/s : Apa sebabnya perceraian ini ya? Tiada hujan,tiada ribut, tiba-tiba diceraikan. Adakah Sultan mahu kahwin lagi satu?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

41 thoughts on “Azrinaz Mazhar Diceraikan Sultan Brunei Talak Satu | Anak-Anak Menjadi Mangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.