Tips Untuk Mendapatkan Buffered Earning Dari Nuffnang

Salam readers. Minggu lepas saya berkesempatan menghadiri Coffee With Nuffies session. Bolehla rujuk entry INI dan juga INI. Di sesi itu kami (Nuffnangers) berbual/sesi soal jawab dengan Nuffies dan salah seorang daripadanya adalah Sara (Ads Team) iaitu person yang incharge untuk letakkan Ads Nuffnang di blog bloggers.

Saya berjanji untuk kasi tips ini bila saya punya vote dah 100 kan? Saje je test korang, tak vote pun saya tetap akan revealkan, tapi kalau korang vote lagi saya senang hati dan bersemangat untuk revealkan tips-tips yang lain yang saya perolehi semasa sesi itu.

Blogging Tips | Tips untuk Mendapatkan Buffered Earning dari Nuffnang
Okla, straight to the point. Kali ni saya nak revealkan camna nak Mendapatkan Buffered Earning (BE) dari Nuffnang yang dikongsi dari Nuffies sendiri iaitu Robb , Sara , dan Xin Xian . Inilah tips-tipsnya :
1) Update Survey Nuffnang
– Inilah perkara yang paling utama yang dititikberatkan untuk mendapatkan Buffered Earning. BE ini diassignkan secara manual menggunakan sistem yang dijaga oleh Sara dan beberapa Nuffies yang lain , jadi kategori blog yang korang pilih akan menentukan BE yang akan diassignkan. Contohnya, tiga kategori yang korang pilih itu adalah Parenting , Food, dan Fashion dan main category adalah Parenting (i.e. Cam redmummy). Jadi, setiap kali Ads baru muncul ,kesesuaian Ads itu akan dipilih untuk diletakkan di blog. E.g. Mc Donals, sesuai untuk Food, Parenting, dan Personal (semua orang makan kan?) Cam blog eyriqazz ni, sesuaitak Kotex diletakkan sebagai Ads di blog? (ini Robb yang cakap, bukan saya yang cakap…). Selebihnya boleh rujuk entry Ini : Macam Anak Dara Tak Datang Tunang/ Tips Update Survey Nuffnang

2) Placement Of Ads

Maksud saya, lokasi Ads tu ditampal. Jangan pula letak di Sidebar, tapi letak Ads Nuffnang bawah sekali Sidebar anda . Susah nak nampak, kalau kita sendiri pun mahu ke iklankan ke sana? Jadi, pastikan Placement of Ads anda, senang di lihat dan mata terasa teruja untuk mengklikkannya.

3) Trafik-trafik

Sebenarnya tiada minimum requirement berapa unique visitors untuk mendapatkan buffered earning. First time saya mendapat buffered earning ketika uniques visitors kurang dari 300 sehari. Namun, rule of thumbs, the more visitors u have, the higher the chances for you to get better $$ buffered earning . Honestly, buffered earning tertinggi pernah saya dapat adalah RM150+…Some bloggers ada yang dapat RM300+ untuk satu buffered earning.

4) CTR Ratio for Previous Buffered/Metered Earning

The higher the ratio, the higher the chances for you to get buffered earning in the future. Ini kerana buffered anda itu di klik oleh ramai orang (genuine klik) dan sudah pasti menggembirakan Advertiser. Apa guna tampal iklan tapi tiada orang klik dan teruja untuk mengetahui lebih lanjut pasal iklan itu? Lagi satu, Nuffnang ini dia adil juga, Ads yang baru akan diberikan priority kepada bloggers yang jarang dapat Buffered Earning jadi semua orang dapat merasa. Cam bulan ini, buffered earning eyriqazz agak perlahan ditambah dengan baru bertukar domain jadi Stats domain baru masih belum diupdatekan sepenuhnya di Sistem Nuffnang. Biasanya 2 bulan diambil untuk menganalisa average visitors ke blog anda.

Cukuplah dulu, Robb/Sara kalau ada informasi yang saya berikan tersilap, tolong perbetulkan ya?

Amcam, ok tak tips kali ini? Nak tahu Tips untuk mendapatkan Advertorial pula tak? Jangan risau, akan direvealkan juga nanti.

P/s : JIka anda rasa tips ini berguna buat anda, saya meminta pertolongan dan jasa baik anda untuk Undi saya for Guest Blogger for Project Alpha Season 3. Mudah saja, register ruumz, log in dan klik Like di Video saya. Bolehla register dan Vote di SINI.

InsyaAllah, jika saya berjaya@menang, jasa anda tidak akan dilupakan dan lebih banyak idea untuk kebaikan bloggers akan saya lontarkan kepada Nuffnang. Makan ramai-ramai lagi seronok dari makan sorang-sorang kan? Lagipun, apa salahnya kalau semua dapat buat Income dari blogging. Itulah salah satu motif saya berblog juga, win-win situation for all.

P/s/s :Terimakasih buat Carl Samsudin atas entry Eyriqazz.com . Tersentuh hatiku dan terus menjadi pembakar semangat untuk tidak menggantung raket bloggingku buat masa terdekat ini. Hik3…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

83 thoughts on “Tips Untuk Mendapatkan Buffered Earning Dari Nuffnang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.