Status Halal Old Town White Coffee (OTWC) | Status Sijil Halal Islamic Food Research Centre Asia (IFRCA)

by eyriqazz on 19 May 2010

in food

Salam dari Eyriqazz,
Status Halal Makanan Di Old Town White Coffee diragui
Entry Status Halal Old Town White Coffee (OTWC) dirujuk. Selepas masih tertanya-tanya dan mahukan jawapan yang lebih jelas dari pihak JAKIM selepas membaca komen dan entry http://afifplc.blogspot.com/2009/10/oldtown-white-coffee-now-halal.html tahun lepas …..saya menghantar e-mail susulan kepada pihak JAKIM.
Hampa, hampir setengah tahun, ianya tidak berbalas. Akhirnya saya membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri dan jawapan yang diberikan begitu pantas dan cepat. Kurang daripada seminggu.
Inilah persoalan yang saya ajukan dan adukan kepada Biro Pengaduan Awam dan JAKIM :
TAJUK : TIADA RESPONS DARI PIHAK BAHAGIAN HAB HALAL, JAKIM (STATUS HALAL OLD TOWN WHITE COFFEE)

Ada pihak yang mengatakan Old Town White Coffee (OTWC) adalah halal dan mendapat sijil halal daripada Islamic Food Research Asia Centre (IFRCA). Adakah badan ini diiktiraf oleh JAKIM dan apakah status OTWC yang sebenarnya? Kami sebagai pengguna kadang-kadang dikelirukan dengan hal sebegini.

Telah mengemukakan pertanyaan kepada email kamarudin@islam.gov.my dan Bahagian Hab Halal, JAKIM . Jawapan diterima oleh kamarudin pada 14/12/2009 – Pihak Bahagian Hab Halal, Jakim yang bertanggungjawab. Insya Allah mereka akan memberi jawapannya. Namun, setelah hampir setengah tahun, jawapan masih belum di ketahui dan berbalas. Harap pihak JAKIM dapat membuat siasatan dan maklumkan status sebenar OTWC supaya penggemar/pengguna dikalangan orang Islam tidak tertipu.”

Inilah jawapan yang diterima :

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pengaduan Awam (BPA) telah menerima laporan maklum balas/siasatan daripada Pengarah, Bahagian Hab Halal ,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).
Adalah didapati bahawa WCOT (white coffee old Town) tidak mendapat pengesahan halal Malaysia samada yang dikeluarkan oleh JAKIM atau JAIN .Badan yang memberi pengesahan halal itu (IFRCA) juga tidak pernah disahkan oleh JAKIM.
Scan surat  balas sebagai bukti.

Jadi, buat pengguna semua ,tepuk dada tanya selera. Saya perhatikan banyak restoran menggunakan Sijil Halal IFRCA dan sayapun byk tertipu masuk dan makan di restoran tersebut contohnya Teppanyaki, sesetengah Gerai Makan di Midvalley dan banyak lagi. Di harap selepas ini, pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang lebih berkesan.
P/s : Terima kasih Biro Pengaduan Awam kerana menjalankan tugas dengan begitu profesional dan pantas.
P/s/s :Apa pula pandangan anda? Pernahkan anda mengalami situasi yang sama macam saya tersilap masuk dan makan di Restoran yang ada letak Sijil Halal dari IFRCA?
  • maisyara Pot! Pot! 19 May 2010 at 5:58 am

    ohhh..
    ptt la kenapa my mom tak kasi kitorg mkn kt situ. isk..

  • fyna 19 May 2010 at 5:58 am

    errkkkk….
    aku pernh mkn kt cnie…

  • petisuara 19 May 2010 at 6:07 am

    kalau nak makan better tgk sijil yang halal dr malaysia je..sbb skrg ni bnyk yg swasta..kalau tgk malaysia ok terus masuk kedai 2..xpyh pk2 lg..hihi

  • Kie-yu 19 May 2010 at 6:19 am

    Naseb baek tak pernah lepak sini.
    err..starbuck sama gak ke cekgu?

  • From The News 19 May 2010 at 6:26 am

    dah lama tak lepak kopitiam.
    lebih sedap minum kopi kat kedai mamak, dengan tosei..hehehe

    oh, kedai mamak pun kena pilih juga..sekarang banyak mamak tipu punya!

  • velasrizal 19 May 2010 at 6:28 am

    iskh byk betol skrg ni restaurant tak halal.. riso gak nk men mkn cmtu gak.. kita org islam kena perati sikit. kena alert sokmo..

    10 Tanda Anda Di Lamun Cinta !

    • Sampisang 25 April 2012 at 7:28 am

      Memang banyak restoran tak halal.Banyak rakyat terkeliru dengan produk2 samada Halal atau tidak. Mana peranan KERAJAAN untuk bantu rakyat terutama orang Islam dalam hal ni?Apa guna negara maju,jenayah makin berlambak.Apa guna badan sihat tapi dok makan makanan HARAM.Di NEGARA ISLAM sendiri(negara kita),kita risau pasal nak cari produk makanan HALAL.tak ke sedih tu.Nauzubillah.

  • maslinamansor 19 May 2010 at 6:30 am

    member mas pernah bagitahu Halal old town hanya pada coffee bukan pada makanan nya.

  • toughcookie 19 May 2010 at 6:34 am

    this is a good issue. thanks for highlighting it.

  • gooseberries 19 May 2010 at 6:46 am

    huu..patut r mcm pelik jek. sedangkan old town white coffee mmg x nmpak sijil halal. hanya beberapa kopitiam je yg halal.hurmm tp still ramai org islam yg masuk..hurmm =)

  • ~ain 19 May 2010 at 6:46 am

    Saya tidak pernah ke OTWC sejak membaca entri mengenainya di blog ini..

  • SyuQ 19 May 2010 at 6:53 am

    wah…

    cam tu ker? isu psl ni x abih2 lagi.

    byk lg tmpt yg dah disahkan halal. naper tmpt yg kita x sure tu jugak yg kita tuju.

  • Hazzy Ishak 19 May 2010 at 7:07 am

    penah dengar jugak pasal ni
    pasal dorg cuma ada sijil halal untuk minuman tapi bukan makanan..

  • Ilhamny.com 19 May 2010 at 8:08 am

    saya pon penah mkn dkt sini..
    dah tak halal berani pulak ada iklan dkt TV..
    hish..sy tertipu..dasyat betul mereka-mereka ini…

  • mama zharfan 19 May 2010 at 8:17 am

    tq for sharing..i memang tak pernah mkn kat situ sbb ragu2 dgn status halal nya…so dh sah lah rupanya

  • kak ina mail 19 May 2010 at 8:29 am

    memang pun.kawan saya kerja, dia baru berhenti 3 bulan lepas.dia sekarang bekerja ngan old town white coffe.dia sekarang tengah gigih mengapplykan sijil halal dari jakim untuk old town ni.dorang offer kawan saya kerja kat sana untuk apply sijil dari jakim ni.

  • rasp 19 May 2010 at 8:50 am

    semenjak isu halal OTWC nie,
    mmg tak jejak dah kat situ…
    tapi mmg dah byk restaurant mashroomed here & there, siap ada signage halal kan…
    tapi tu laaa how can we be sure sememangnya halal betul2 penyedia food kat these restaurants….

  • a kl citizen 19 May 2010 at 8:53 am

    ifrc kan memang tak ngam ngan jakim

  • nUR_rOsALiNdA 19 May 2010 at 8:53 am

    aiyakkkkkkkk` pernah dgr jugak pasal white coffe ni x halal..tp tgk ke main ramai lagi melayu/oslam yg dok melepak situ

  • Kazaztan Team 19 May 2010 at 8:55 am

    bagus info nie…izin utk linkkan….tema kasih

  • Dilakochan 19 May 2010 at 9:22 am

    Hurkk!! Ai rajin lepak oldtown!
    Ah sudahh..

    >.<

    Knapa xde isu ni media x amk port meluas kan.
    Ramai muslim yg xtau n x jelas ttg status HALAL dkt oldtown ni.

  • hakimfaridzul 19 May 2010 at 9:23 am

    pernah je…

    yang paling teruk kalau kedai itu ada logo halal entah dari celah mana die orang kutip!!!

    ahahahaha

  • Pocket 19 May 2010 at 9:40 am

    kalau dah sah tu,
    cari la alternative lain
    nak makan,
    err.. tp minum kopinyer plak camana?

  • windi 19 May 2010 at 9:52 am

    STARBUCKS yang femes tu pun takda sijil halal. ramai org muslim berbaris beli kopi.

  • wanie 19 May 2010 at 9:52 am

    sy pn dh agk kopitiam ni xde sjil halal..mak sy ad tgk berita. katenye hanye ade berapa kpitiam shj dlm mlysia ni yg ad sijil halal. dan sbnrnya salah satu kopitiam yg plg femes (WCOT) mmg xde sijil halal. hmmm. sy tgk org2 yg mkn situ mcm bangga je muke..yelah. sy ni hanya mmpu lalu je dpn kopitiam tu..hihihi..

  • Eyriqazz 19 May 2010 at 11:30 am

    @fyna:sayapun pernah..dulu almost every week singgah…

    @maisyara Pot! Pot!:tahu takpe..

    @petisuara:setuju ngan pandangan anda…

    @Kie-yu:starbuck saya tak pasti…

    @From The News:betul2..mamak pun byk bukak time bulan puasa…

  • Eyriqazz 19 May 2010 at 11:32 am

    @velasrizal:itula..kadang2 tersilap tgk sijil halal tu coz lebih kurang je ngan jakim punya..

    @maslinamansor:haah..itulah yg jakim cakap..

    @toughcookie:sama2la berkongsi..

    @~ain:sayapun walaupun masih rindukan coffeenya yang sedap…

  • Eyriqazz 19 May 2010 at 11:33 am

    @gooseberries:OTWC ada letak sijil halal ..tapi dari IFRCA….depan2 pintu lagi…

    @SyuQ :yang dilarang2 itulah yang menjadi pujaan ramai orang…

    @Hazzy Ishak :haah,betul…

    @Ilhamny.com :saya pun tertipu dulu dan masih tertipu dengan sijil halal IFRCA…lepas ni kena lebih berhati2

  • Eyriqazz 19 May 2010 at 11:36 am

    @mama zharfan:halal haram saya tak berani nak ckp..tapi mmg tidak mendapat sijil halal dari JAKIM

    @kak ina mail:oh ye ke?thanks for the info…

    @rasp :betultu..

    @nUR_rOsALiNdA:betul2..kalau saya lalu majoriti melayu yg lepak situ

  • Eyriqazz 19 May 2010 at 11:38 am

    @a kl citizen:oh ye ke?tak tau pula pasal ni…

    @Kazaztan Team:thanks..silakan link..saya berbesar hati entry ini dikongsi2

    @Dilakochan:dah pernah kuar suratkhabar rasanya tapi bukan muka depan dan kecil saja…

    @hakimfaridzul:haah..samalah saya

  • Eyriqazz 19 May 2010 at 11:39 am

    @Pocket:umm..tak pastilah pula…hik3..tapi better elakkan kot..

    @windi :oh ye ke?kena elakkan pi starbuck lepas ni..

    @wanie:hik3..betul tu..

  • Dilakochan 19 May 2010 at 8:59 pm

    Hah, tu la masalah isu-isu penting cenggitu,
    kuar kat paper ciput ciput aje.

    Hok artis cerai berai kuar beso2.

    Nak org cm ai, xalert sgt. Ish, kene tuka haluan minom kopi pehni.

  • Anonymous 31 May 2010 at 3:18 pm

    lps ni.. nk lpk mamak pn kene cr mamak yg ada sjl halal…

  • M.Fakhrurrazy M.Ariff 7 December 2010 at 12:50 pm

    Tindakah proaktif tuan amat saya kagumi untuk meleraikan segala cakap-cakap mengenai status kehalalannya. Saya juga pernah membuat inkuiri ke atas beberapa pengeluar makanan seperti Wrigleys, Baskin Robbin dan beberapa syarikat lain.
    Mengenai status OTWC ini, saya ingin memohon pandangan terkini tuan memandangkan carian saya di laman Halal Malaysia pada hari ini (7/12/2010) mendapati tiada halangan untuk menikmati produk-produk jenama tersebut. Pautannya boleh dilihat di sini http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=directory&type=Z&cari=oldtown

    Terima kasih :)

  • e F a 11 February 2011 at 10:04 am

    i would like to share this entry at my blog.. :))

  • Kak Na Blog 11 October 2011 at 11:34 pm

    ingin tanya tentang status halal restaurant smiley di jalan istana klang, selangor

  • Kak Na Blog 11 October 2011 at 11:34 pm

    status halal restaurant smiley di klang

  • zai 29 December 2012 at 4:08 pm

    Sila lah rujuk sini… http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge

Previous post:

Next post: