Slot Akasia Adamaya TV3 | Saya Mahu Cerai

Salam dari Eyriqazz,

Setelah agak begitu lama tidak sempat menonton Slot Akasia Adamaya di Tv3 atas kesibukan kerja, semalam berkesempatan menontonnya setelah merempit dengan lajunya . Sampai rumah elok-elok pukul 625 dan terus meneruskan menonton  :

Adussh, Episod 2 dan Episod 3 yang sempat kutonton sebelum ini memang menusuk kalbu. Harini dah tak tahu episod ke berapa, lepas ni kena buka website TV3 untuk lebih lanjut, nak tengok online internet slow macam siput.
Episod hari ini cukup sedih dan menyentuh jiwaku. Sedikit rumusan cerita hari ini :
1) Maya minta Cerai dengan Adam. Terkedu hatiku bila Maya luahkan ”Saya Mahu Cerai“. Adush,terlepas episod sebelum ini dan jadi tidak keruan kenapa perhubungan yang bahagia tiba-tiba jadi begini.Why,why this things happened?
2) Maya ditangkap basah dengan bekas kekasih lamanya iaitu Dani . Dani telah berpisah dengan isterinya namun dia asyik melarikan diri untuk tuntutan nafkah anak bekas isterinya di mahkamah. Apa punya bapa laa, Pandai buat jer, tanggung tak pandai.
3) Maya mengatakan hubungan mereka sudah tidak gembira. Dani memujuk Maya supaya terus memaksa Adam menceraikannya. Aku respek ngan Adam, cool dan rileks saja menghadapi situasi genting sebegitu.
4) Wajah Maya sudah tidak seceria dulu. Huk3, nampak lain dan nampak macam jahat skit.
5) Cerita dah semakin sedih. Huk3, memang cerita melayu betul la. Sedih tapi mesti happy ending aku rasa nanti.
Umm, layan gambar Amani @ Adik Mia Sara Nasuha dan Lisa Surihani lagi best
Layan Lagu Yang Terindah pun best juga
P/s : Korang layan ADAMAYA lagi tak ? Apa komen ya?
P/s/s : Tak suka cerai-cerai ini. Minta-minta dijauhkan. I Love My Wife and Alisya Sooo Mucchhhh….Muahhhs Sayang n Alisya

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

49 thoughts on “Slot Akasia Adamaya TV3 | Saya Mahu Cerai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.