Si Dia Yang Menggiurkan

Tidur tak lena, mandi tak basah. Itulah gambaranku semenjak aku berjumpanya beberapa hari yang lepas. Ohh, penangannya begitu mengujakan hati dan buat aku tergoda. Susah untuk aku melupakan Si Dia Yang Begitu Menggiurkan. Teringat-ingat penangannya siang dan malam.
Adussh, kenapa ianya menimpa diriku ? Apa salahku sehingga kau menggodaku sebegitu rupa? Aku tidak hensem, aku tidak kacak, aku tidak kaya, aku bukannya Si Romeo, aku tidak pandai memikat hati , namun aku tetap tergoda denganmu. Cukup menggiurkan melihatmu dan buatku tak keruan.
Kesetiaanku Diuji Lagi kali ini. Apakah yang patut aku buat ? Si Dia yang menggiurkan begitu mengugat Imanku. Aku serba salah, aku keliru dan aku tidak pasti apakah yang patut ku buat. Apa pandangan anda semua ? Ujian ini begitu hebat buatku, tidak tertahan aku menanggung rindu terkenang si Dia yang menggiurkan. Adussh, patutkah aku luahkan di sini ? Patutkah? Aku keliru, maafkan aku sayang, Si Dia betul-betul menggiurkan dan membuatkan aku tidak keruan.
Siapakah yang aku maksudkan? Demi pembaca aku dedahkan ini (Rahsia terlampauku) namun jangan dedahkan pada Isteriku ya? Access Internet nya telah ku sekat @ ku pinjam broadband Celcomnya bila Broadband Streamyx ku buat perangai lagi. Dah lama tak buat perangai, ikut layan perasaan kot. Straight to the point .

Adakah Si Dia?
Umm, bukan ini, ini bukan citarasa ku. Tidak cukup menggiurkan dan  menepati citarasaku .
Adakah Si Dia?
Umm, pun bukan Si Dia. Si Dia lebih menggiurkan dan menawan hati, Inilah si dia yang dimaksudkan:
Si Pulut Mangga Yang Menggiurkan Hati dan Sedap Sekali
Nyam-Nyam, Menawan Hati
Hik3, ada sesiapa yang terkena ke? Entry Hangit Eyriqazz muncul kembali. Monday Blues dan habis, Tuesday Coolz muncul pula.
Pulut Mangga menggiurkan hati
Isteri beli aku mencuba sekali
Sedapnya rasa ingin nak lagi
Di lain masa akan kusinggah lagi
P/s : Pulut Mangga yang sedap ini boleh didapati di LG Floor, dekat area Carrefour, Mid Valley Megamall. Boleh tahan kesedapannya. Isteriku memang gemarkan sangat-sangat. Pulut Mangga ni asalnya dari Kelantan kan? Kat mana lagi boleh dapati Pulut Mangga ni di KL ya?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

39 thoughts on “Si Dia Yang Menggiurkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.