Selamat Tinggal Dunia Blog

Salam Dari Eyriqazz,

Entri yang agak sedih bagi saya hari ini. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun berat dan sukar untuk diluahkan namun kata-kata perlu dilontarkan. Ditelan mati mak, diluah mati ayah.

Di kesempatan ini, eyriqazz ingin menyusun 10 jari buat semua rakan-rakan bloggers, pembaca dan semua yang telah menyokong saya sepanjang hampir setahun saya berblog secara aktif. Ucapan maaf terutamanya buat Kak Ina KL yang baru saja terkena panggilan hangit dari saya dan juga semua pembaca blog saya. Mungkin ada salah silap saya yang tidak saya sedari, maafkan saya juga. Biasalah, jadi manusia ini tidak lari dari membuat silap.
Sayonara Dari Saya
Tibalah masanya eyriqazz melabuhkan tirai dan mengucapkan Selamat Tinggal Dunia Blog. Perjalanan saya terhenti di sini. Usah di tanya sebabnya, yang pasti saya mahu luangkan lebih masa buat keluarga dan orang tersayang. 
Isteripun dah bising-bising saya habiskan banyak masa depan laptop . Itulah, kadang-kadang tak sedar kesilapan sendiri bila alpa  di alam maya dan Isteri sendiri diabaikan. Di samping itu, begitu tersentuh jiwa lelaki saya apabila membaca luahan seorang Isteri yang bertajuk ” Kalaulah Saya Sebuah Blog ” . Mungkin itu juga yang bermain-main di fikiran Isteri tersayangku.
Oh, itu bukan sebab utama, ada banyak lagi sebab lain saya terpaksa mengucapkan Selamat Tinggal.

Takpelah , tiada siapa yang akan perasan kehilangan blog Cap Ikan Ayam Goreng ini. Patah tumbuh, hilang berganti.  Apapun, saya akan tetap menyokong dan membaca blog anda secara senyap dan drop komen once in a while.

Selamat tinggal dunia blog . Aku akan merindui belaian manjamu , namun keputusan ini sudah muktamad bagiku. Walaupun baru berjinak-jinak dengan dunia blog ini, kenangan manis, mengujakan dan memori terindah seindah Lirik Lagu Yang Terindah Drama Akasia Adamaya akan tetap mekar diingatan.

Sebelum saya mengundurkan diri, satu pantun buat semua :
Selamat Tinggal Dunia Blog dari saya
Alam maya ini akan saya rindui dan ingati jua
Last but not least, dengarlah luahan hati saya
Inilah entry hangit terbaru saya adakah anda teruja dan terkena?


P/s : Mana boleh saya meninggalkan dunia blog semudah itu. Hik3…

P/s/s : Tapi, kalau betul pun, apa salahnya kan? Satu pergi beratus blog yang bagus muncul (Oh, blog saya hanya merapu meraban seorang diri).  Terimakasih buat semua.

P/s/s/s : Maaf dari saya.Saja nak menghangat/hangitkan Hari Rabu yang belum tentu hangat/hangit ni.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

54 thoughts on “Selamat Tinggal Dunia Blog

Leave a Reply to hazarimi ♥ Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.