Selamat Hari Guru 2010 | Guru Pembina Negara Bangsa

Salam dari Eyriqazz,

16 Mei 2010, ada apa dengan tarikh ini ? Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan :
Selamat Hari Guru 2010
Memang bersesuaian dengan Tema Hari Guru tahun ini iaitu Guru Pembina Bangsa  Negara. Jadi hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat :
1) Isteri Tersayang
Isteriku seorang guru yang begitu berdedikasi. Ku respek dan kagum dengan kerjanya. Walaupun kadang-kadang pening dengan kerenah anak-anak murid yang nakal, tugas tetap dijalankan dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Menjadi seorang Isteri, Ibu, dan guru bukannya tugas yang mudah namun Isteriku begitu cemerlang menjalankan ke semua tugas-tugas itu.I Love You Sayang, be a Great Teacher ya?
2) Cikgu Nik Jamilah dan semua guru yang pernah mengajarku
Terima kasih Guruku, tanpa kamu tidak mungkin saya dapat berpijak dan mencapai kejayaan ini.
3) Great Teacher Onizuka dan Great Teacher Fuyutsuki
Inilah guru terbaik bagiku. Bagi semua guru-guru, carilah dan layanla movie dan drama ini, memang betul-betul memberikan inspirasi dan sesuai untuk semua guru. Saya pun tengah mencari untuk Isteri, DVD yang saya beli sebelum ini telah banyak yang hilang dan tidak dipulangkan.
4) Cikgu-cikgu di dunia blog yang kukenali terutamanya Cikgu Xpo, Cikgu Zara , Cikgu Isza, dan juga Cikgu Naman. It was really nice to know all of you. Teruskan menjadi seorang guru dan bloggers yang cemerlang. Jasa guru terlalu besar bagi semua.
5) Semua guru-guru di Malaysia. Teruskan perjuanganmu wahai guru. Tanpa guru tiadalah Akauntan,Arkitek, Guru, Pegawai Bank, Peguam, Ahli Politik, Businessman, Suri Rumah Berjaya dan ramai lagi.
Satu Pantun Buat Hari Guru :
Selamat Hari Guru 2010 dari Eyriqazz@GTO buat semua Guru-Guru di Malaysia
Guru Pembina Bangsa Negara
Tanpa guru siapalah kita
Banyak berjasa, banyak berkorban untuk pembangunan masa depan negara
Mendidik anak didik tanpa jemu rintangan diharungi dengan rela
Guru Cemerlang, Jasamu Tuhan saja yang mampu membalasnya
Jom layan lagu Lagu Hari Guru Tahun Ini :
Lagu Tema : Guru Pembina Negara Bangsa

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
P/s : Saya bukan Seorang Guru. Saya sukakan Great Teacher Onizuka , antara guru paling cemerlang yang pernah saya kenali walaupun ianya bukan guru yang nyata. Saya hanyalah seorang insan biasa namun bercita-cita berkongsi dan menimba ilmu di dunia blogging ini.
P/s/s : Kat mana boleh beli DVD dan Drama Great Teacher Onizuka terbaik di KL ni ya? Any suggestion ?
P/s/s/s : Layan Gambar Bogel Cikgu di Hari Guru ni best juga kan? .  Hik3….

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Selamat Hari Guru 2010 | Guru Pembina Negara Bangsa

Leave a Reply to tOm Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.