Malaysia Tewas Di Tangan China Separuh Akhir Piala Thomas 2010 | Di manakah Silapnya?

Salam dari Eyriqazz,

Auto publish entry. Ketika ini mungkin tengah bermandi-manda di Ulu Yam sempena Family Day Sekolah Isteri. Entry Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas 2010 | Malaysia vs China dirujuk. Malaysia Tewas Di Tangan China Separuh Akhir Piala Thomas 2010. Persoalannya :

Di Manakah Silapnya ? Bilakah Piala Thomas Akan Kembali Semula ke tangan Malaysia?
Inilah pandangan saya kenapa skuad Badminton Malaysia gagal melangkah ke Pusingan Akhir Piala Thomas 2010 :
1) Emosi yang agak terganggu oleh pemain. Corak permainan jauh berbeza jika dibandingkan ketika menentang Denmark ketika Pusingan Suku Akhir.Agak terburu-buru dan mudah melakukan kesilapan.Mungkin gugut dengan sorakan ribuan penonton.
2) Kekurangan Pemain Pelapis. Rasanya pasukan pelapis patut dilatih sejak di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebunnya. Ambil contoh Keluarga Anak-anak Sidek yang begitu berjaya dalam bidang Badminton dan kali terakhir Piala Thomas dimenangi dengan bantuan mereka.
3) Insentif yang tidak cukup lumayan bagi menceburi diri menjadi pemain badminton negara.
4) Semangat juang yang semakin layu terutamanya apabila ketinggalan jauh. Maaf , pandangan peribadi pula.
P/s : Apa pula pandangan anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

8 thoughts on “Malaysia Tewas Di Tangan China Separuh Akhir Piala Thomas 2010 | Di manakah Silapnya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.