Luahan Hati Kekasih Benjy

Luahan Hati Kekasih Benjy (kredit picture to JAI )
Saya berkesempatan bertemunya face to face beberapa hari yang lepas. Orangnya cantik, kecil molek, bersuara lembut, dan lemah lembut tutur katanya.  Bolehla baca entry ini juga : Luahan Buat Benjy
Secara tidak sengaja juga, saya berpeluang mengetahui blognya yang rasanya khas dibuka untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati semenjak Benjy ditangkap polis dan macam-macam khabar kurang enak yang keluar di dada akhbar, laman web, forum, blog dan pelbagai lagi .
Nama blognya? Kenalah tunggu bro JAI umumkan nanti, saya tiada green light untuk mengumumkannya. Entry ini pun dibuat tanpa kebenaran pemiliknya, maafkan saya ya.
Entry pertamanya yang bertajuk “He was so much the humblest of them, indeed he was the only humble one (dialah insan yang paling merendah diri, dan dialah satu-satunya yang cukup merendah diri)” begitu menyentuh hati dan perasaanku.
Kata pepatah, don’t judge book by it cover. Mungkin ada yang mengatakan dia perampas isteri orang dan juga cuba menghancurkan rumah tangga orang. Saya tidak mahu membuat penilaian, saya cuma menilai berdasarkan entrynya dan perbualan yang sekejap dengannya.Inilah lebih kurang apa yang diluahkan dalam entry pertamanya itu :
1) Mereka sudah bercinta dan menjadi pasangan kekasih selama 3 tahun. Dia pernah tinggal bersama Benjy dan Isteri satu rumah dan Benjy mempunyai seorang anak lelaki yang comel.
2) Akhirnya mereka menyewa di sebuah rumah yang tidak jauh dari rumah Benjy dan Isteri. Benjy pandai memasak dan pandai mengambil hati Kekasih Hati.
3) Setakat hari ini sudah 3 entry yang ditulisnya. Luahan hati seorang kekasih buat insan yang kini dalam tirai besi menunggu hari pembicaraan . Saya tidak mahu buat judgement or menilai, anda sendirilah yang menilai nanti.
Entry yang ketiganya, I really like what she wrote :
Actually it is not hard at all to do anything, to sacrifice everything to someone that we love. that is one more thing i learned and experienced from him. When u love someone, u tend to make the best for them, make everything perfect for them, and doesnt expect anything in return at all. its hard to describe that pure sacrificed u did..it is just worth everything…=)
Benjy berjuang di Mahkamah, Si Ibu  pula berjuang dengan nyawa, kekasih hati pula berjuang dengan penuh harapan. Begitu tersentuh hati bila Kekasih Hati Benjy sanggup berkongsi dan menunjukkan “Diary of Hope” tentang luahan dan coretan hidupnya di samping gambar-gambar anak Benjy yang comel.
P/s : Hukum undang-undang, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dihukum/disahkan bersalah. Tapi kita lebih dulu menuding jari dan menghukumnya. Tepuk dada, tanya selera, biarlah mahkamah dan undang-undang yang menentukan. Banyak perkara, lain di Suratkhabar, tapi lain pula kisah sebenarnya. Penyedap dan Ajinomoto penambah perisa perkataan bagi melariskan jualan akhbar dan pembaca.
P/s/s :Renung-renungkan. Pertemuan sebentar dengannya betul-betul mengubah persepsi saya tentang seorang artis. Mereka pun Insan biasa dan berpijak di bumi ini.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

18 thoughts on “Luahan Hati Kekasih Benjy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.