Lisa Surihani Oh Lisa Surihani

Kusangkakan panas sehingga ke petang, rupanya Lisa Surihani menyelit di tengah jalan dan menjadi orang ketiga antara kami. Adussh, berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Serba salah aku dibuatnya, ditelan mati mak, diluah mati ayah. Ohh, masih belum faham lagi ? Inilah maksudku :

Lisa Surihani Oh Lisa Surihani

Inilah yang ditulis di Facebook Wall Isteriku :

“Geramnya!!!….semlm baru tahu…rupa2nya setiap petang, suamiku merempit setiap hari balik kerja semata-mata nak tgk ADAM MAYA!!!!….sakitttnya atiiii!!!!….dan yg aku confius, sbnrnya dia merempit tu krn cerita tu bessttt sgt2 tau sebab nak tengok wajah LISA SURIHANI!!!!!….huk6x “
Adush, inilah penangan  OST ADAMAYA sampaikan isteriku mencemburui. Dussh, apa yang mahu ku jawab ya? Jangan risau sayang, cerita itu menarik, dan pelakon-pelakonnya kacak-kacak, cantik-cantik dan comel-comel belaka . Alah, macam Sayang suka tengok Cerita Hindustan laa. Apa nak dicemburui Lisa Surihani, jauh cantik sayang di hati Abang (hik3, gaya memujuk).

Lagipun, Lisa Surihani sudah berpunya, tak percaya tengok gambar ni :

Abang tak berani kacau, Nanti BangNara marah
Kuat sungguh penangan ADAMAYA, sampaikan isteri pun cemburu. Dushh, ini yang kena tonton lagi ni. Kata orang cemburu itu tanda sayang. Hik3.
Lisa Surihani Oh Lisa Surihani
Auramu menerjah Isteri
Namun sayang, kasihku hanya pada Isteri
Isteri Tersayang, kasih dicurahkan sudah semesti
Teringat kat kekasih lama, siapa lagi, tidak lain tidak bukan :
Great Teacher Fuyutsuki
P/s :Aura Lisa Surihani @ ADAMAYA ada menerjah anda, suami, isteri atau sahabat handai anda tak?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

37 thoughts on “Lisa Surihani Oh Lisa Surihani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.