Inter Milan Juara Champions League 2009/2010

Inter Milan Juara Champions League 2009/2010
Tahniah buat Inter Milan kerana baru saja memenangi Champions League 2009/2010 mengalahkan Bayern Munich 2-0 hasil jaringan Diego Milito (2). Hebat sungguh penangan Jose Mourinho, salah satu jurulatih kegemaranku.
Walaupun AC Milan (pasukan kegemaranku) gagal melangkah ke pusingan akhir, kemenangan Inter Milan cukup untuk menjadi pengubat buatku.
Persembahan yang agak perlahan dan berhati-hati yang dimainkan oleh kedua-dua pasukan membuatkan aku hampir tertidur namun corak permainan dan taktik yang digunakan oleh Jose Mourinho betul-betul berjaya, mati akal dibuatnya pemain Bayern Munich, terutamanya serangan mereka berjaya dikekang. Arjen Robben pun tidak dapat bergerak bebas.
Tahniah sekali lagi buat Inter Milan. Betulke next year dia bakal melatih Real Madrid? Fuhh, satu tugas yang agak berat tu.
P/s : Harap-harap next year, AC Milan kembali menyerlah. Hik3….
P/s/s : Pasukan mana pula yang bakal menang World Cup 2010 ya? Saya sokong Spain, anda pula?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

7 thoughts on “Inter Milan Juara Champions League 2009/2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.