Hadiah Teristimewa Buat Isteri Sempena Hari Guru 2010

Salam dari Eyriqazz,

Malam ini (malam Khamis) hatiku tersentuh lagi apabila Isteri membawa pulang hadiah hari guru dari murid-muridnya. Kasut Cinderella | Hadiah Hari Guru Buat Isteri sebelum ini pun sudah cukup menyentuh jiwaku , namun hadiah kali ini kurasakan lebih bermakna dan buatku hampir menitikkan air mata.
Inilah Hadiah yang ku maksudkan :

Kasut Rorine, Kad Buatan Sendiri dan Lain-lain lagi
Oh, bukan Kasut dan barangan yang saya maksudkan. Apa yang saya maksudkan adalah kata-kata di kad Itu. Betul-betul menyentuh jiwa dan buat jiwa seorang guru dihargai. Kepenatan isteri terasa berbaloi bagiku. Jom, saya kongsikan sekali :
Kata-kata yang menyentuh jiwa
Inilah sedikit kata-kata yang ditulis yang saya kongsikan sekali :
” Semua ini Air Mata Saya demi Allah saya anggap Cikgu macam Ibu Kandung Saya”
Hampir  Menitik Air Mata Saya
“Saya ingin minta maaf x dapat beri hadiah kepada cikgu kerana saya mampu bagi kad saja”
Hadiah terakhir kurasakan hadiah paling teristimewa buat Isteri Sempena Hari Guru 2010. Bukan hadiah yang menjadi kayu pengukur, namun kata-kata dan luahan hati yang ikhlas lebih memberikan kesan. Itu pandangan saya saja, pandangan guru-guru di luar sana camna pula?
P/s : Teringat zaman sekolah rendah, hadiahkan cikgu sabun buku kerana itu saja yang termampu namun menangis-nangis pujuk Mak supaya berikan hadiah buat guru. Betul-betul mahu berikan something sempena menghargai jasa guru.
P/s/s : teruja bila kadang-kadang diberi kejutan yang tidak disangka-sangka. Apakah kejutan buat saya pula selepas ini?
P/s/s : Apa pula pengalaman anda? Mungkin lebih menarik untuk dikongsi-kongsi .

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Hadiah Teristimewa Buat Isteri Sempena Hari Guru 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.