Gelora Di Hati Sara 2 TV2 Muncul 12 Mei 2010

Salam Dari Eyriqazz,
Fauziah Latiff dan Rosyam Nor. Satu kegemaran isteri dan satu kegemaranku. Bila ianya digabungkan, gabungan mereka begitu mantap dan mempesonakan. Gembiranya di dalam hati bila dapat tahu Gelora di Hati Sara 2 Tv2 muncul kembali pada 12 Mei 2010 yang akan ditayangkan pada pukul 9.30 malam setiap hari Rabu.

Gandingan Terbaik yang Kami Idam-Idamkan
Gelora di Hati Sara 1 memang aku dan isteri menontonnya dengan penuh khusyuk . Mereka berkahwin senyap-senyap atas sebab keluarga , bapa mertua ( Datuk Rahim Razali ) sukakan dan cuba memikat Sara (Fauziah Latiff yang memegang watak Peguam ) . Rosyam Nor di dalam cerita itu berkahwin dengan wanita lain tanpa kerelaannya demi keluarga dan epilot cerita ketika itu cukup mengujakan dan best sekali.
Ku ternanti-nanti Sambungannya
Pertama kali rasanya ku saksikan lakonan Fauziah Latiff ketika Gelora di Hati Sara 1. Walaupun jarang berlakon, memang mantap dia berlakon dengan wajahnya yang sweet, comel dan ada gaya wanita melayu terakhir menambah seri ceritanya. Ditambah pula heronya iaitu Rosyam Nor, salah seorang pelakon kegemaranku. Ini gara-gara Filem ‘Gila-Gila Remaja’ ketika zaman remaja yang membuatkan aku jatuh cinta dengan lakonan Rosyam Nor dan Faizal Hussein.
Drama ini turut dibintangi pelakon seperti Datuk Rahim Razali, Watie Sadali, Aida Radzwill, Norman Hakim, Hisham Ahmad Tajuddin, Balkisyh Samundur Khan, Mahmud Ali Bashah dan Dian P Ramlee.
“Drama arahan Mohd Nazir Juhan (Jet Lee) ini masih menggunakan skrip karya Sharifah Abu Salem akan disiarkan di TV2 pada setiap Rabu jam 9.30 malam bermula 12 Mei ini. “Saya berhasrat menjadikan drama ini sebagai telenovela selepas ini. Ini saranan saya kepada RTM dan saya percaya drama ini mampu menjadi penanda aras pada drama yang membawa kisah keluarga.” (Di petik dari Harian Metro )
Gelora Di Hati Sara 2 ku nanti-nanti
Kugembira tapi ku geram hati
Kenapa seminggu sekali dan bukannya hari-hari
Tidak sabar untuk ku menanti selama ini



P/s : Jom kita layan drama Ini. Jom terpacak sama-sama sekali. Mantap kan gandingan mereka ini ?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Gelora Di Hati Sara 2 TV2 Muncul 12 Mei 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.