Gelora di Hati Sara 2 | Episod 1

Weekend lepas berkesempatan menonton Drama GeloRa di Hati Sara 2 , Episod 1 yang ditayangkan pada setiap hari Rabu , pukul 930 malam. Lakonan mantap Rosyam Nor dan Fauziah Latiff , pelakon kegemaran saya dan Isteri.

Suka dengan Lakonan Fauziah Latiff
Rosyam Nor hebat seperti selalu
 

Rasa kurang berpuas hati sikit apabila cerita bermula dengan agak sedih. Sara (Fauziah Latiff) memfailkan permohonan cerai buat suami tersayang, Asrul ( Rosyam Nor). Sedih melihat wajah sedih Sara dan part Asrul marah-marahkan Sara apabila dia diserbu wartawan atas kes perceraiannya.

Harap-harap Episod 2 malam ini lebih mengujakan dan menggembirakan .Serba sedikit sinopsis cerita ini yang dipetik dari Budiey.com :
Mengekalkan gandingan pelakon handalan Rosyam Nor bersama penyanyi bersuara gemersik Fauziah Latiff dibantu Watie Sadali, Dato’ Rahim Razali, Aida Radzwil selain Norman Hakim drama 26 episod ini berkembang dengan lebih konflik yang lebih merumitkan lagi apabila watak Sara berkeras mahu meneruskan penceraiannya dengan Asrul. Segalanya dilakukan semata-mata kerana mahu melihat kebahagian menjadi milik Tengku Marina yang dipercayai ikhlas menyintai Asrul meskipun Iskandar ingin kembali kepadanya.
Kebaikan Sara membuatkan Marina setuju untuk diceraikan. Datin Maria sangat sedih dengan keputusan Tg Marina kerana dia adalah menantu pilihannya. Seboleh-bolehnya Datin Maria mahu mengekalkan perkahwinan itu. Datin Maria berada dalam keadaan dilema kerana menantu-menantunya mahu berkorban di antara satu sama lain.
Bagaimanapun Asrul tetap memilih Sara dan mahu menceraikan Tg Marina seperti kehendak Tengku Malik. Tengku Malik memutuskan hubungan persahabatan dengan Datuk Taufik dan menganggap Asrul mengkhianati Tg Marina. Dia juga menarik semua saham dalam syarikat Datuk Taufik dan membatalkan semua perjanjian perniagaannya.
Justeru usah ketinggalan menyaksikan kesudahan drama bersiri penuh konflik kekeluargaan ini dengan meluangkan masa menonton Gelora Di Hati Sara 2, setiap Rabu, jam 9.30 malam di TV2.

 

P/s :Anda layan tak cerita ni? Apa komen ya?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

4 thoughts on “Gelora di Hati Sara 2 | Episod 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.