Gaji 600,000 kakitangan awam disemak | Adakah Gaji Isteri Turut Disemak?

Wah, Durian runtuh lagi buat kakitangan awam

Ole-ole dan hadiah daripada kerajaan lagi. Ada by election lagi ke lepas ni?. Tiba-tiba Gaji 600,000 kakitangan awam disemak , jumlah yang agak besar tu.

Petikan daripada Berita Harian :
KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.
Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.
“Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
P/s :Dush,baru je bercadang mahu Isteri belanja makan di RESTORAN BERPUTAR SERI ANGKASA, MENARA KUALA LUMPUR  . Terpaksa batalkan niat, Isteri tidak tergolong kategori itu.
P/s/s : Banyak insentif untuk kakitangan kerajaan sekarang ni, bagaimana pula dengan kakitangan swasta? Any news ??

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Gaji 600,000 kakitangan awam disemak | Adakah Gaji Isteri Turut Disemak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.