Football=Adidas?

Football = Adidas?

 Maksudnya, bolasepak = Adidas. Memang bertepatan sekali. Bagaikan isi dengan kuku, aur dengan tebing inilah ibarat bola sepak dan Adidas. Inilah pandangan peribadi kenapa Adidas = BolaSepak?

1)World Cup
– Penaja bola utama World Cup adalah Adidas. Begitulah sinonimnya bola sepak dengan Adidas dan telah bertahun-tahun lamanya adidas menjadi bola rasmi untuk World Cup dan banyak lagi kejohanan bola sepak di dunia ini tidak kiralah peringkat antarabangsa, kelab-kelab Eropah dan banyak lagi.

2) Negara-Negara Yang hebat di Bidang Bola Sepak
-Antara negara yang mendapat tajaan daripada Adidas adalah Spain, France, Japan, Germany, Denmark, Argentina dan banyak lagi. Sudah pasti kehebatan Adidas membuatkan negara-negara hebat ini bersetuju untuk ditaja oleh Adidas. Win-Win Situation.

3) Kelab-kelab ternama Di Dunia Juga di taja Adidas
Antaranya adalah Real Madrid, AC Milan, Newcastle, Chelsea, Liverpool dan Bayern Munich. Semua kelab ternama ini telah memenangi banyak kejohanan di peringkat kelab dan kejohanan besar. Jadi, namanya memang begitu sinonim dan rapat dengan bola sepak.

4) Pemain Ternama dan Hebat Bola Sepak
– Kaka, Tim Cahill, Steven Gerrard, Karim Benzema, David Villa dan ramai lagi. Pemain hebat ini disponsor Adidas dan membawa nama Adidas di mana-mana yang menjadikan nama Adidas dan Bola Sepak lebih unggul dan dikenali.

5) Saya peminat Bola Sepak , Adidas dan Bola Sepak tidak dapat dipisahkan dalam hidup saya
-Saya bermain bola Sepak sejak umur 5 tahun lagi. Futsal pun saya minati. Bola pertama yang saya kenali adalah Bola Adidas. Sampaikan terbawa-bawa di dunia blog dan entry Aku Sebiji Bola Sepak ditulis dan bola Adidas yang menjadi gambar utama. Hik3, kaki bola betul dan memang setiap kali aku pergi tournament, kebiasaannya, 9/10 bola yang digunakan adalah Bola Adidas.

Jadi, Football = Adidas memang sesuai sekali dan bertepatan dengan tajuk ini. Sambil tengok bola, ternanti-nanti hari besok nak tengok Featured Bloggers Project Alpha beraksi berlawan futsal 1 lawan 1. Sambil-sambil tu, jom layan video some of the Featured Bloggers Project Alpha Season 2 :

 
Episod 29
Episod 30
Episod 31
Episod 32
Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. The Project Alpha bloggers will be at the Adidas Pure Game Ole KO event on Friday (May 21), from 7.30pm-8.30pm. Catch them in action!

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

4 thoughts on “Football=Adidas?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.