Fenomena Facebook | Ketagihan di Laman Sosial Maya 2010

Fenomena Facebook , Ketagihan di Laman Sosial Maya yang semakin dirasai

Sebut saja Facebook, boleh dikatakan semua kenal? Sedikit pengalaman berkenaan Facebook yang berlaku pada diri sendiri :

1)Hari-Hari mesti buka Facebook, tak kiralah diri sendiri mahupun Isteri. Diri sendiri lebih kepada berblog, tapi Isteri semakin rancak dibuatnya.

2) Dalam 4 adik beradikku, semua ada Facebook. yang terbaru , adik bongsu baru Add dan join Facebook juga.

3) Tergelak sakan diriku apabila ada boss di ofisku suruh ajar camne nak register Facebook tahun lepas . Lagi beberapa tahun nak bersara, tapi minta diajarkan Facebook kerana semakin ramai rakan-rakan lama dan sekolah dah ada Facebook.

4) Tak buka Facebook satu hari, rasa cam tak lengkap hidup ini, walaupun diri ini hanya buka Facebook kurang dari sejam sehari. Kalau Isteri, 1/2 Facebook, 1/4 layan BeatifulNara dan 1/4 lagi barulah layan blog suami, surf internet dan lain-lain lagi. Huk3, Sampai hati Facebook dan BeautifulNara lebih bertakta di hati Isteri.

Satu entry yang agak menarik dari Kosmo :

Serba sedikit yang menarik pasal Entry INI :

1) FENOMENA Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

2) Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak wajar.

3) Selebriti terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, 32, mengaku ketagihan Facebook apabila dia sentiasa memikirkan pos-pos terbaru yang ingin diletakkan di dinding Facebooknya. Beliau juga rasa teruja setiap kali menerima komen daripada para peminatnya.

Muka Buku (Facebook) lebih popular dari Ulat Buku
Lebih baik dari bermuka-muka ataupun buat-buat rajin membaca Buku
Facebook oh Facebook ketagihan bersamamu sudah menerjah Keluargaku
Bagaimana pula dengan Keluarga pembaca aku ingin juga tahu

P/s : Apa pula pandangan anda? Adakah ketagihan dan ada pengalaman menarik yang ingin dikongsi juga berkenaan Facebook ini?
Cantiknya Baju-Baju Bayi Ni
P/s/s : Birthday Alisya dah makin hampir. Tak sampai Sebulanje lagi. Terasa mahu sambar Kejutan Pertama ini buat puteri tersayang. Menarik dan tergoda juga hati ini dengan baju bayi berjenama GAP ini .  Tak sangka boleh beli barangan dari US di Malaysia ini dengan Vshub . Jom Sambar sama-sama untuk anak tersayang dengan VsHub Concierge . Takpun, sudi-sudikan lah beli dan hadiahkan buat Alisya. Memang saya suka kalau diberikan hadiah ini. Hik3….Ada Ubi Ada Batas, Ada Hari boleh dibalas.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Fenomena Facebook | Ketagihan di Laman Sosial Maya 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.