Dikir Barat Citrawarna 1Malaysia

Salam weekend dari Eyriqazz,
Semalam, mungkin ramai yang sibuk melayan Akademi Fantasia 8, saya pula melayan TV2 iaitu sambutan sempena Perarakan Citrawarna Malaysia 2010 .Sedikit informasi pasal sambutan ini yang diambil dari Berita Harian :
“Satu persembahan dikir barat yang disertai pelbagai kaum akan diadakan sempena perarakan Citrawarna Malaysia 2010 di Dataran Merdeka Sabtu depan ( 22 Mei 2010).
Perarakan akan berlangsung sepanjang 1.5 kilometer bermula dari Jalan Raja berhampiran Dataran Merdeka menuju ke Jalan Raja Laut, Jalan Isfahan, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kembali semula ke Jalan Raja.
Persembahan Dikir Barat 1Malaysia itu membabitkan kira-kira 5,500 peserta.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata ia akan dicatat dalam Malaysia Book of Records sebagai penyertaan terbanyak pelbagai kaum dalam aktiviti tradisional.
Beliau berkata, sambutan Citrawarna tahun ini bertemakan “Colours of 1Malaysia” yang akan lebih menumpukan kepada produk pelancongan berbanding aspek kebudayaan seperti sebelum ini. “
Sempat juga rakamkan sedikit aksi Dikir Barat ini dan diuploadkan di Youtube. Memang best lagu yang dimainkan, Jom layan sekali :


Persembahan Dikir Barat Citrawarna 1Malaysia 2010
Harap-harap RTM sudilah buat tayangan ulangan pasal sambutan ni. Tak sempat nak layan habis kerana sampai rumah dah lewat dan Tup2, dah habis, tapi nyanyian dikir barat tu memang mempesonakan. Teringat zaman berdikir barat semasa di sekolah, kolej dan Universiti dulu.
P/s : Bertembung pula dengan Final Akademi Fantasia 2010 yang tekaan saya jauh meleset sekali. Hak3, dari awal memang dah agak Shahir menang, tapi tak bestlah pula asyik follow the crowd kan? Terasa juga mahu kejutan.
P/s/s : Dah semakin kurang layan RTM, kadang-kadang terlepas pandang cerita dan slot menarik di RTM ni. Lagipun rasanya, promosi untuk acara ni macam kurang berkesan je, tidak sehebat seperti promosi Jom Heboh mahupun Akademi Fantasia.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

7 thoughts on “Dikir Barat Citrawarna 1Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.