Cikgu Kasi Penampar


Rasa Cam Nak Tampar Orang Je!!!

Terbaca di Harian Metro Kisah Cikgu Kasi Penampar , sedikit pasalnya :
“ALOR SETAR: Hanya kerana berebut buku dengan rakan sekelas, seorang murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di Mergong di sini mendakwa menerima ‘penampar Jepun’ daripada guru muziknya sehingga tulang hidungnya retak dan berdarah, Selasa lalu.”
Adushh, bersirat darahku, guru sebegini la yang merosakkan nama baik guru/cikgu. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Banyak lagi kisah cikgu/guru yang melampaui batas seperti cikgu cabul murid, cikgu rogol murid, cikgu ponteng mengajar, cikgu mengajar acuh tak acuh dan macam-macam lagi.
Ni yang buat GTO marah dan angin jer, terasa nak karate je tengkuk dan humban dalam sungai kasi buaya makan .Takpun letak dalam zoo suruh Harimau kejar. Merosakkan nama guru betul , lebih-lebih lagi baru je lepas Hari Guru 2010.
Aku bukan guru, tapi Isteriku seorang guru. Sepatutnya guru sebegini dibuang saja kerja. Ramai lagi insan yang bagus yang mahu pekerjaan ini. Sepatutnya, guru pun perlu melalui proses temuduga seperti bidang pekerjaan yang lain, barulah at least dapat diteliti perwatakan mereka.
P/s : Apa pandangan anda? Adakah guru sebegini patut dibiarkan berleluasa ? Kalau kena kat anak kita sendiri camna?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

10 thoughts on “Cikgu Kasi Penampar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.