Camera, Rolling, and Action3!

Salam dari Eyriqazz,

Bulan lepas berkesempatan untuk menyertai dan menghadirkan diri di :

Project Alpha Season 2 Bloggers Launch
Event yang begitu mengujakan dan tertarik hati. Bolehlah rujuk ENTRY INI dan juga INI. Sangat bergembira kerana berkesempatan berjumpa Featured Bloggers Project Alpha Season 2 dan juga Season 1 disamping rakan-rakan bloggers yang lain.
Di event ini juga, aku dan rakan-rakan bloggers yang lain dipelawa oleh David @ Andrew dari Nuffnang untuk join Pertandingan Guest Blogger Project Alpha Season 3. Aku katakan aku tidak pandai buat video, lantas dia terus ambilkan video untukku dan bloggers yang lain supaya memudahkan join Contest ini. Apabila dapat video itu melalui e-mail , aku tambahkan dan edit sedikit dengan skillku yang tidak seberapa ini dan inilah hasilnya :
 
Video yang diambil dengan spontan ditambah dengan gambar-gambar dan pengalaman mengujakanku bersama Nuffnang. Oh ya, jangan lupa vote ya? Jadi itulah hasilnya video itu, aku luahkan apa yang terlintas ketika itu dan inilah sebab lain kenapa aku mahu jadi Guest Blogger Project Alpha Season 3 :
 
1) Hadiah yang menarik (tipulah kalau taknak hadiah kan?)
 
2) Lebih rapat dengan Nuffnang. Apabila semakin rapat dengan Nuffnang, mudahlah bagiku untuk meluahkan dan melontarkan idea untuk kebaikan bloggers dan juga Nuffnang. Win-Win Situation, antara yang terlintas di fikiranku kini adalah :
– Sistem Innit @ Ping Nuffnang diperbaiki  ( tidak ramai Nuffnangers yang ping di sini especially Nuffnangers Melayu)
– Peluang Advertorial dan Buffered Earning yang lebih terbuka luas untuk semua
– Sesi bersama Nuffnang dan Bloggers di tempat yang lebih meriah dan lebih ramai dapat menyertai
Selebihnya, tunggu .Jika saya menang, idea-idea lain yang berada di fikiran akan saya lontarkan dan luahkan kepada Nuffnang untuk kebaikan bersama. Apa salahnya sama-sama cari Income kan?
 
3) Berani untuk Gagal dan mencuba nasib. Sudah banyak yang aku perolehi dan hadiahku menangi dengan Nuffnang, jika berjaya jadi Guest Bloggers, it will be a big step for me.
 
P/s : Jangan pandang rendah pada kebolehan saya, undilah saya dan akan saya buktikannya. Saya pernah menjadi Pengerusi Persatuan Perdagangan dan Pengguna di sekolah dulu dan hasilnya kelab itu menjadi salah satu kelab paling aktif dan membuat keuntungan paling besar ketika itu.  
Oh ya, Guest bloggers ni tak sama dengan Featured Bloggers. Featured Bloggers rasanya aku masih belum layak lagi. Hik3…
 
Best juga layan Project Alpha ni, Jom Layan Episod 11-14 pula :
 
Episod 11
 
Episod 12
 
Episod 13
 
Episod 14
 
Oh ya, salah satu sponsor Project Alpha ini adalah Adidas Action 3. Produknya memang cukup menarik. Isteriku berkenan dengan salah satu produk ini :
 
 
Deodorant Adidas Action 3 untuk wanita
Isteriku telah membeli satu Deodorant Adidas Action 3 yang kecil untuk mencuba dahulu dan memang berpuas hati. Lepas ini bolehlah aku belikan yang pek kanister ini pula. Barulah kewangian lebih terserlah. Hik3. Suka-suka,suka, jom masuk bilik. Hak3..
P/s : Jadi apa tunggu lagi? Jomlah undi saya dan sekiranya menang, saya akan buktikan apa yang saya mampu lakukan untuk kepentingan bersama. Lebih dekat saya bersama Nuffnang, lebih mudah idea saya untuk diterima dan dilontarkan.
P/s/s :
Camera, Rolling and Action3 mengujakan hati
Aku mencuba untuk memperbaiki diri
Undi saya, saya akan pastikan anda tidak mengigit jari
Kelebihan dan Kepentingan Bersama itulah yang saya kejari

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

18 thoughts on “Camera, Rolling, and Action3!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.