AKU KAGUM

Aku Kagum dengan Hanis Zalikha
Beauty with the Brain itulah dia
Orangnya Cantik Sempoi sahaja
Blog menarik aku teruja
Aku kagum dengan Melromeo
Orangnya kacak kegilaan wanita Seantero
Walaupun makin jarang update blog yang famous amous yang dikejo-kejo
Hits beribu-ribu sehari bestnya dio
Aku kagum dengan Ben Ashaari
Update blog berkali-kali sehari
Pengunjung datang tidak henti-henti
Hebatnya penangan kena belajar dengan dia ini
Aku kagum dengan CEO Kueh Tart juga
Masih muda tapi entry cukup matang dan tak sangka dengan usia
Kak Ina kata entry macam orang umur 30 tahun pun ada
Bagi aku setiap orang ada cara yang berbeza
Aku kagum dengan Bean Moreno
Dulu Penjual Watermelon sekarangย sudah glamo
Ada saje idea kreatif dari dio
Kadang-kadang aku rasa dia macam Terminato
Aku kagum dengan Yanmie dan Kak Jie
Ilmu SEO mantap dan sudah diuji
Ingin belajar dan mahu tahu lebih lanjut lagi
Tunjukkan ajarku sifu apakah rahsia apakah resepi?
Aku kagum dengan Joegrimjow juga
Duluย berisi sekarang kacak bergaya
Apakah dia apakah rahsia
Adakah Rahsia Alexa yang selalu dicerita-cerita?
Aku kagum dengan myjazmanieย dan juga Denaihati
Google Pagerank 4 koleksi peribadi
Berkongsi maklumat dan juga informasi
Aku suka singgah hari-hari
Aku kagum dengan Ceeramoon kudiamkan di dalam hati
Personal blog namun visitors melebihi 3 ribu sehari
Ku cuba selidiki dan ku cuba terjahi
Namun belum berjumpa rahsia kejayaan sehingga kini
Aku kagum dengan ramai lagi
Tapi biarlah berhenti dulu buat entry kali ini
Ada masa ku sambung lagi
Banyak lagi yang aku kagum yang aku ingin kongsi mungkin di lain kali
P/s :Siapa pula yang anda kagumi?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

41 thoughts on “AKU KAGUM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.