Ada Apa di IKEA

Semalam jalan-jalan di IKEA, Mutiara Damansara berdekatan dengan The Curve. First time singgah di IKEA, saja bawa mak mertua jalan-jalan sambil usha-usha barang yang mungkin akan dibeli bila nak berpindah rumah baru bulan depan. First impression, memang agak menarik juga barang IKEA ni, cantik-cantik.
Inilah gambar yang sempat diambil semasa windows shopping dan pusing-pusing di IKEA :
Cantik lampu yang berkelip-kelip
Design bilik tidur yang agak membuatkan aku tergoda
Sesuai ke nak letak kerusi macam ni di rumah?
Ingin buat Perpustakaan Mini di rumah baru nanti
Berwarna-warni
Boleh tahan besar IKEA ni
Alisya tumpang seronok
Isteriku usha-usha lilin. Barulah romantik!!Hik3…
Dah sudah windows shopping dan pilih 2 tiga jenis barang berkenan,kami pun singgahla di Food Courtnya dan pekena :
Chicken Chop
Chicken Wing
Desert
Boleh tahan kesedapannya, namun sedih bila tak jumpa cari Karipap yang member sepejabatku asyik cakap sedap dan menyelerakan. Mujurlah aku sempat bertanya jurujual, rupanya karipap di jual di tingkat bawah. Jadi, sepulang pulang beli lah 6 biji karipap . Balik rumah, pekena karipap , fuhh, memang sedap seperti diwar-warkan. Tapi kalau makan tengah panas mesti lagi sedap. Ada telur rebus, ayam, dan juga ubi kentang. Aku yang agak kenyang pun berselera makan. Memang berbaloi-baloi.
P/s : Apa yang best lagi di IKEA ya? Plan bulan depan nak singgah lagi nak beli barangan untuk rumah. Rekomen-rekomenkan lah..Mungkin kami pun terliur sama. Sharing is Caring rite?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

55 thoughts on “Ada Apa di IKEA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.