5 Kebimbangan Isteri Saat di Ranjang -18 SX-

Salam dari Eyriqazz,

Tengah bosan dan layan perasaan, terambil dan terbaca majalah yang dibeli oleh Isteri. Amat menarik tajuknya dan ingin saya kongsikan di sini . Tajuknya adalah :
5 Kebimbangan Isteri Saat di RanJang

Sedikit Intro : Walaupun mampu memberi layanan yang memuaskan buat suami namun ada kalanya isteri tetap bimbang tentangย  ‘ persembahan’ seks mereka, fikiran dibelenggu banyak kerisauan antaranya sama ada prestasi mereka memenuhi kehendak suami atau tidak. Antara yang si Isteri bimbangkan :
1) Bimbang Suami Bosan
– Isteri bimbang adakah perlakuan seperti sentuhan dan juga teknik selama ini yang diguna pakai ketika bersama suami sudah tidak lagi menarik buat suami.
– Cadangan : Ubah tempat, gaya mahupun penampilan diri bagi menjadikan ‘permainan’ lebih menarik
2) Tidak lagi Seksi di Mata Suami
– Ramai wanita memikirkan soalan ini sehingga mereka taksub menguruskan badan walaupun suami tidak pernah sekalipun mengkritik tubuh badan mereka.
– Lelaki memang mudah tertarik pada penampilan fizikal seorang wanita.
– Namun, ianya bukan ukuran utama, paling penting adalah emosinya.
3) Suami teringat Wanita Lain
– Tanyakan soalan yang sama pada diri anda. Kadang-kala suami tidak pernah memiikirkannya namun isteri saja yang berasa sangat takut hingga berasa cemas
4) Keperluan Batin tidak mencukupi
-Mungkin bertambah apabila mendengar kata-kata rakan anda .
– Bawa suami berbincang dan berkompromilah tentang kekerapan hubungan seks yang anda harapkan dalam seminggu
5) Aksi ranjang diceritakan kepada rakan
– Bercerita dan bersembang selalunya menjadi kepakaran wanita, termasuklah tentang cerita ‘dalam kain’ mereka sendiri.
– Lelaki sebenarnya tidak suka jika isteri membicarakan hubungan seks mereka kepada orang lain .
– berhati-hatilah jika anda bercerita, jangan sampai suami terasa hati dengan kata-kata yang seolah-olah memperkecilkan kebolehan dirinya dalam seks.
Sumber : Mingguan Wanita, Bilangan 1380
Pandangan saya, tepuk dada tanya selera. Pandangan seorang suami, banyak yang betulnya di artikel itu. Dalam hal ini, tolak ansur dan kepercayaan itu penting. Teladanilah Wonderpets dalam hubungan suami isteri terutamanya hubungan di atas ranjang ini. Apa yang Wonderpets cakap? Inilah dia ” Kami tak besar dan kami tak kuat ; bila bekerjasama kerja jadi mudah”. Wonderpets , wonderpets, kami datang. Hik3…
P/s : Apa pula pandangan anda? Anything to add ?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

34 thoughts on “5 Kebimbangan Isteri Saat di Ranjang -18 SX-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.