Wanita Misteri Terjawab

Salam dari Eyriqazz,

Entry Siapakah Wanita Misteri Ini? dirujuk. Setelah melihat seperti tiada respons dan jawapan lagi dari pembaca serta tiada yang dapat memberikan jawapan dengan tepat, inilah jawapannya :

Dr. Anisah, Doktor yang Menyambut Alisya ketika dia dilahirkan
Pertemuan yang tidak disangka ketika kami pulang ke kampung sempena Adik Berkahwin bulan lepas. Sejak Alisya keluar dari hospital, kami tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan Dr. Anisah dan kami dimaklumkan oleh Staff di Hospital Ampang Puteri bahawa dia telah berpindah ke Terengganu.
Sebenarnya,Doktor Anisah ini doktor ganti yang menggantikan doktor yang sepatutnya menyambut Alisya, doktor itu MC selama beberapa bulan kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya dan kakinya patah. Dipendekkan cerita, Doktor Anisah yang menggantikannya.
Isteri cukup menggemari dan menyukai Doktor ini. Sayapun sama, lemah-lembut dan begitu profesional menjalankan tugasnya sehinggakan saya dan Isteri rasa begitu selesa. Almaklumlah, anak pertama. Terimakasih Doktor Anisah.
Dipendekkan cerita, dunia ini tidaklah begitu besar. Terjumpa kembali dengannya selepas beberapa bulan Alisya dilahirkan dan dia masih mengenali Alisya dan kami. Dia kini bekerja di salah sebuah hospital swasta di Terengganu.
Hampir menitikkan air mata dan terharu dibuatnya apabila Alisya mahu menerkam dan mahu didukung Doktor Alisya sewaktu berjumpanya walhal Alisya memang susah sikit dengan orang yang tidak dikenali.Mak mertua sampai semalam mahu didukung pun dia nangis, mungkin lama tak tengok. Tuhan itu Maha Besar, Alisya yang masih kecil dan belum mampu untuk berkata-kata masih mengenali doktor yang menyambutnya.
Besar sungguh pengorbanan dan jasa seorang doktor. Terasa ingin isteriku beranak di Terengganu bila ada rezeki selepas Alisya nanti agar dia Dr. Anisah dapat menyambutnya lagi. Serangkap pantun buatmu Doktor :
Doktor Anisah nama diberi
Jasamu besar, aku hargai
Perkhidmatan terbaik yang dikau beri
Hanya Tuhan yang mampu membalasnya nanti
P/s : Besarkan pengorbanan seorang doktor? Sanggup bekorban untuk pesakit dan mengorbankan masa. Tidur pun beberapa jam je sehari. Terima Kasih buat Semua Doktor di Malaysia.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

27 thoughts on “Wanita Misteri Terjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.