Tulis & Menang Ariffshah.com

Salam dari Eyriqazz,

Hari minggu biasanya hari Eyriqazz join Contest & Santai . Kalini ingin join Contest :
Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my, myliriklagu.com & denaihati.com
Jadi, blog yang eyriqazz pilih dan ingin review/terjah tidak lain dan tidak bukan adalah :
1) Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka
Eyriqazz – Nama diambil sempena watak gabungan sebuah novel semasa di sekolah dahulu. Kusyuk membacanya, tapi maklumat penuh biarlah menjadi teka teki terlebih dahulu.
Great Teacher Onizuka – Kenapa saya pilih Great Teacher Onizuka?
Great = Cuba memperbaiki diri/cuba menjadi yang terbaik
Teacher = Teach Others and learn from others + my wife is a teacher . Onizuka = Suka sangat lakonan dia. Drama GTO antara drama paling kugemari. Sudah khatam lebih 3 kali.
Eyriqazz turut menjadi penulis jemputan di MombloggersPlanet dan InfoKami.
2) Motif Berblog
Faktor utama adalah Alisya. Aku ingin abadikan koleksi penulisan peribadi buat puteri tersayang . Faktor lain, berkongsi pengalaman,informasi,diari peribadi, mencari ilmu berguna di dunia blog, kenalan, dan juga Duit .
3) Kelebihan Blog Eyriqazz
Entahla, apa yang lebih ya? Blog ini masih baru dan sayapun baru je aktif berblog lebih kurang 7-8 bulan. Jadi, kelebihan itu biarlah pembaca sendiri yang menilainya. Cuma, saya suka mencipta kelainan dan cuba menulis mengikut rentak tersendiri. Antara segmen dan entry yang saya cuba serlahkan adalah :
i)Berpantun
ii)Terjah Blog Popular dan Blog Pembaca
iii)Contest (Saya memang minat Contest, telah memenangi a few of Blogging Contest worth RM7K+ )
iv)Tips Blogging Yang Dikitar Semula dan dari pengalaman sendiri
v)Berkongsi Pengalaman dan Informasi
vii ) Nuffnang ( I Love Nuffnang)
viii) Apa pula pandangan pembaca?
Apapun, saya sudah cukup gembira. Target saya untuk menambah at least 100 uniques visitors setiap bulan setakat ini tercapai. Tak lupa juga Followers. It goes hand in hand setakat ini. Namun, masih banyak yang perlu diperbaiki. Bercita-cita mahu blog ini lebih dikenali dan mendapat tempat di hati pembaca. Ewahh.
4) Kekurangan Blog Eyriqazz
Banyak, antara yang saya temui dan cuba untuk perbaiki dan pelajari :
i) Template yang belum cukup menarik
ii) Teknik mengedit gambar bersama Photoshop ( bleh rekomenkan mana-mana tutorial yang bagus tak? ) dan juga cara membuat banner yang cun dan menawan hati.
iii) Teknik SEO (mungkin Ariffshah dan Kak Jie boleh kasi tunjuk ajar lagi)
iv) Teringin mahu bertukar ke WordPress dan Domain Sendiri namun ilmu belum cukup didada. Tidak mahu terburu-buru. Biar lambat asalkan selamat.
v) Sesetengah entry panjang dan membosankan. Hak3, bila dah mula syok menulis mulalah syok sendiri. Sedang cuba untuk memperbaikinya
vi) Masih belum cukup mesra dengan reader (faktor masa membataskan untuk menerjah kembali secepat mungkin pembaca terutamanya buat pengomen di blog)
vii) Andalah yang menilainya. Jadi, apa lagi.Komen-komenla ya?
5) Idola Eyriqazz di Dunia Blog : Kennysia, Redmummy, Melromeo, BangNara, TheEggYolks, LittleMama dan Ramai Lagi.
6) Apa Pandangan Positif pasal berblog ini ?
– Hobi yang bagus ,menarik, dan menguntungkan.
– Dapat mengenali ramai kenalan, join event, dan berkongsi informasi.
– Menajamkan minda dan fikiran
– Dapat mengimbau kembali kenangan lama dengan lebih mudah disamping informasi berguna.
7) Pandangan Negatif pasal berblog ini ?
– Masa semakin kurang bersama keluarga. Selalu terfikir akan kejayaan Redmummy namun apa yang dia terpaksa lepaskan untuk itu seperti susah nak bercuti, masa rehat yang semakin kurang, dan sebagainya. Apapun, No Pain No Gain kan?
– Sesetengah pihak mengambil kesempatan  di atas berblog ini. Ada yang mengeluarkan Ebook untuk dijual tapi tak semuanya berguna/tidak sepadan dengan harganya. Ada yang bagus dan ada yang tak bagus . Ada juga yang Indah Khabar dari Rupa.
– Pandangan peribadi,  Rasa sangat tidak suka membaca blog itu bila blog terlampau banyak dengan iklan yang mengacau penglihatan untuk membaca walaupun blog itu memang best dan menawan. Tak salah letak iklan tapi bila terlampau mengacau membaca, rasa sangat tidak enak untuk membaca. Apapun, tepuk dada tanya selera. Lain padang, lain belalangkan?
Cukuplah dulu, last but not least terimalah serangkap pantun dariku :
Terjah/Review Blog Sendiri untuk Contest Ini
Untuk berkongsi Informasi dan memperbaiki diri
Komen anda saya nanti-nanti
Komen NEGATIF paling saya gemari untuk saya teruskan usaha ke depan meningkat mutu blog INI
Saya tahu Kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog Ariffshah.com
P/s : Tidak lupa juga, jika anda menyokong dan sukakan blog ini , jangan lupa Vote untuk saya di sini :

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Tulis & Menang Ariffshah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.