Trafik YoYo Minggu Ini

Trafik Yoyo Minggu Ini
Trafik Konsisten Pertama Kali beberapa Minggu yang lepas
Sebelum saya meneruskan penulisan saya, saya ingin mulakan bahawa gambar print screen di atas bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang nak ditunjukkan pun, Unique visitors pun tak cecah 1,000 sehari. Entry ini ditulis untuk berkongsi pengalaman dan pendapat, mungkin boleh kita memperbaiki dan berkongsi pendapat satu sama lain.
Kenapa agak Yoyo pula minggu ini ? Minggu ini saya melakukan eksperimen sendiri lagi+sebab-sebab yang tak dapat dielakkan dan cuba mengamalkan tips-tips yang dibaca di laman blog/website yang  lain. Setakat ni eksperimen ini , bagi saya agak berjaya untuk diri sendiri (Ukur Baju Pada Badan Sendiri)
Jadi, inilah yang ingin saya kongsikan (salah silap harap maafi dan perbetulkan ya. Sedih juga kalau nanti dikata masih berhingus ada hati nak kasi tips + perasan bagus ) :
Sharing Is Caring
1) 7 April 2010, Hari Rabu minggu lepas. Minggu lepas, Alisya demam dan tak berapa sihat . Jadi, mood tak berapa stabil dan entry/penulisan pun terganggu. Lihatla penurunan dari 7 April itu + ditambah dengan weekend. Jadi, disini apa yang boleh saya kongsikan, mood memainkan peranan penting juga. Mood yang elok menghasilkan entry yang lebih berkualiti dan seterusnya menarik lebih minat untuk pembaca membacanya.
2) Penulisan yang tidak konsisten (ketika Yoyo menurun ke bawah). Cuba serasikan entry dengan gaya anda yang tersendiri dan anda yakini. Kalau boleh, cuba untuk tidak menulis entry yang anda tidak suka namun anda tulis semata-mata nak dapatkan hits yang tinggi ( I think u know what I mean).
3) Peningkatan dan nampak peningkatan ketara pada 13 April 2010. Apa rahsianya? Tiada rahsia cuma saya buat apa yang terdengar di HotFm iaitu tajuk yang panas dan sensasi, ditambah dengan berkongsi informasi yang lebih menarik .
4)Honestly, saya tidak pandai bermain dengan SEO (Search Engine Optimization)  . Hits dari SEO saya sehari terus-terang saya katakan kurang daripada 100 . Apa yang membantu saya adalah pertolongan rakan-rakan yang Exchange Link/link kan blog saya. Terima kasih rakan-rakan, kalau seorang menyumbang 10 hits dari blognya , 100 blog dah 1000 kan? Fikir-fikirkan. Jadi, siapa yang mahu Exchange Link dengan saya kasitaulah ya . Tak lupa juga yang dah link kan saya ,tapi saya belum link kan dia, informla juga. Sama-samala kita membantu kan?
5) Last but not least, fikirkan positif dan don’t give up. Normal la Yoyo ni. Bila menulis kita kena listen to others too. If we want to attract visitors, we need to listen to their need as well. Saya selepas 7 bulan bergiat aktif ni, sudah nampak sedikit jalannya walaupun saya masih lagi bertatih untuk ke depan. Takpe, Sang kura-kura pun mampu kalahkan Sang Arnab andainya konsisten dan yakin dalam melakukan sesuatu kan?
Cukupla dulu, selebihnya kalau anda rasa entry ini membantu, bolehla singgah di Blogging Tips dari Saya yang diambil melalui pembacaan, pengalaman, dan Cilok Idea Orang especially Saudara Melromeo namun saya kupaskan semula dengan cara saya tersendiri agar pembaca selesa dengan cara saya.
P/s :
Trafik Yoyo minggu ini
Apapun aku puas hati
Peningkatan sudah nampak dari hari ke hari
Sama-samalah berusaha untuk kejayaaan nanti
P/s/s : Which one anda prefer? Trafik Yoyo atau trafik konsisten? Umm,bagi saya, saya masih gemarkan trafik konsisten. Namun, Yoyo pun teruja juga. Hik3….
P/s/s/s : Sampai sekarang tak pandai main Yoyo. Bestke main Yoyo ni ya?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

23 thoughts on “Trafik YoYo Minggu Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.